Senin, 01 Agustus 2011

Fari Kamil Diugut supaya tidak rapat dengan Diana Danielle



Gara-gara rapat dengan pelakon cantik Diana Danielle, Farid Kamil telah menerima satu panggilan yang berunsur ugutan. Panggilan yang diterima oleh Pelakon dan pengarah terkenal, Farid pada minggu lalu berbunyi seperti ini, "Farid kau jangan kurang ajar, aku tahu rumah kau". Tujuan panggilan ugutan yang di terima oleh Farid adalah menyuruh Farid jangan rapat dengan pelakon wanita tersebut.

Kesempatan bertemu Farid di sesi rakaman program mega raya Astro pada Sabtu lalu, Farid sempat memberi komen, "Buat masa sekarang ini saya dalam peringkat berjaga - jaga dan berhati -hati kerana saya tidak mengenali siapakah orang tersebut. Saya juga telah berbincang dengan Diana dan memberitahunya bahawa saya telah menerima satu ugutan dan memintanya supaya berhati - hati juga," ujarnya.

Ditanya sama ada Farid, 31,ada mengesyaki siapa-siapa, Farid menjawab, "Saya ada syak beberapa individu, tapi saya tak berani untuk menuduh biarlah pihak polis menjalankan siasatan.

Saya tidak ada mengupah bodyguard mana-mana. Cuma saya sentiasa berhati -hati ketika saya berada di tempat yang tidak ramai orang," tambanya lagi.

Sebelum ini Farid dan Diana pernah menjalinkan hubungan cinta dan kemudiannya. Baru-baru ini di Khabarkan mereka kembali rapat semula.

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ