Senin, 14 Maret 2011

Mulut Lisa Surihani bau petai berlakon adegan ranjang dengan Aaron Aziz



Lisa berlakon disamping Aaron Aziz dalam Filem adaptasi dari Novel terkenal iaitu Ombak Rindu...Omaigod..i like this novel sooo much.

Lisa memegang watak Mila iaitu tunang kepada Hariz (Aaron Aziz),manakala watak utama iaitu Izzah dipegang oleh Maya Karin.

Dalam Filem nie ada satu babak Ranjang diantara Lisa dan Aaron menyebabkan Lisa menggigil satu badan semasa ingin melakonkan adegan tersebut.

Tapi dalam menggigil Lisa,ada jugak kenangan lucu yang berlaku masa tue.Kes makan Petai.Rupanya Lisa sangat suka makan petai sampaikan boleh makan petai mentah begitu sahaja.

Kata Lisa:
"Lucunya, babak intim itu turut diwarnai insiden lucu yang dikenang Lisa sampai sekarang. Semua gara-gara petai. Kami jalani penggambaran filem ini di Langkawi tahun lalu. Bayangkan Lisa memang kuat makan petai mentah dan pokok petai pula ditanam berdekatan set penggambaran dijalankan.

"Lisa boleh selamba makan 10 biji petai seperti mengunyah makanan. Tahu sajalah penangan bau petai. Lisa pula ada babak bersama Aaron. Nak jadikan cerita Aaron pula memang tak suka dan benci bau petai. Untuk mengurangkan bau itu, Lisa mengamalkan petua meminum susu segar.

"Tapi dengan kuantiti biji petai yang Lisa makan, ia tidak mampu diatasi. Akhirnya, babak intim itu hampir rosak akibat bau ini. Nak tak nak kami kena bertahan. Aaron pun sempat berseloroh, meminta gula-gula getah untuk diberikan kepada saya bagi menyegarkan kembali bau mulut," kata duta Garnier dan Lipice ini sambil tertawa mengenangkan memori kisah petai itu.

Kata Lisa, perasaan gementar yang dirasainya terhadap lelaki kelahiran Singapura itu semuanya bertimbal balik kepada rasa hormatnya terhadap aktor senior itu. Begitu juga dengan heroin filem ini yang dilakonkan Maya Karin.

"Isteri Aaron (Diyana Halik) sendiri berkata kepada Lisa jangan ada perasaan takut-takut dengan Aaron. Lisa pun tidak boleh terlalu kuat berperasaan begitu kerana ia sebenarnya akan memberi kesan kepada perjalanan penggambaran filem ini, Aaron dan pelakon lain.

"Siapa yang mampu menidakkan, dia memang seorang lelaki dan bapa yang sangat tampan. Paling penting dengan status dipegangnya kini, dia sangat mementingkan aspek kebersihan dan penjagaan diri,"
Sensasi mula-mula baca Novel Ombak Rindu nie melalui majalah Remaja..masa tue setiap keluaran Majalah Remaja ada satu ruangan Novel,dimana Novel Ombak Rindu dipaparkan dan bersambung-sambung...masa tue sensasi tak tahu Ombak Rindu punye Novel nie ada jual..So memang tak missed beli majalah Remaja.

Lepas tue bila dah dpt tahu novel nie ada dijual barulah Sensasi beli.Memang best jalan ceritanya.

memula alkisahnya Izzah nie anak yatim piatu,di bela oleh bapak saudaranya yang memang teruk,pastu Izzah dijual kepada bapak ayam.Izzah masa tue merupakan pelajar cemerlang ,baik,suci murni gitu.

Lepas tue Izzah tak rela dijadikan pelacur,tp bapak ayam bagi Izzah makan pill tidur kot,tak silap sensasi.

Izzah tertidur dan ditiduri oleh Hariz,kiranya si Hariz nie melanggan pelacur lah yang masih dara,,lepas izzah tersedar dia merayu2 mintak Hariz tlg lepaskan dia dan kahwini dia sebab dia dah tak suci lagi kan..ermm.sensasi tak berapa ingat plak jalan ceritanya..Hariz pun membeli Izzah dari Tauke dengan harga yang tinggi.

Then Hariz nie pulak memang pandang hina habis lah ngan Izzah,garang dan suka marahkan Izzah,dia anggap Izzah mcm perempuan simpanan je,Izzah pulak tak kisah apa pun anggapan hariz padanya asalkan hububgan itu halal.dan Perkahwinan Izzah dengan hariz dirahsiakan.Sebab hariz dah ada tunang ,namanya Mila .Hariz nie anak org kaya ,ibunya Datuk Sufiah.

Disebaabkan sikap Izzah yang mulia,suci murni baik,penyabar,hariz yang garang mcm singa lama kelamaan hatinya makin lembut.Dia mula timbul perasaan rindu pada Izzah tapi tak tahu adakah itu cinta?

Lepas tue barulah mula kisah percintaan antara Hariz dan Izzah yang penuh liku.Sensasi harap Filem nie taklah mengecewaakan mcm filem Lagenda Budak Setan yang difilemkan.

Memang bagi org yg tak baca Novel rasa filem tue mcm okey je,tp bg pembaca novel mmg out lah..tak sebebst Novel.



0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ