Rabu, 30 Maret 2011

Tarian Poco-poco haram bagi orang Islam?

Tarian poco-poco sangat terkenal dan makin digemari rakyat malaysia,tak begitu berat tapi menghiburkan dan dapat mengeluarkan peluh.

pendek kata kalau ada je apa-apa kursus,seminar,camping,dan mcm -mcm lagi aktiviti pasti terselit satu part utk tarian poco-poco,nak bagi refresh badan dan minda.ramai org dah try dah,sensasi je tak pernah try lagi..

Tapi rupanya sebenarnya tarian ini asalnya dari Jamaica dan mengandungi unsur agama kristian dan juga pemujaan roh...ish ish ish..part mana yang ada unsur unsur mcm nie,sensasi kurang pasti..

kat perak tarian poco-poco dah diharamkan oleh mufti Perak..

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.

“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ