Oleh kerana itu Azurin dalam emelnya mencadangkan lebih banyak kursus tentang fungsi dan tugas suami diadakan khas untuk kaum lelaki, tak kiralah ketika ceramah di masjid atau surau, mahupun ketika khutbah Jumaat. Lelaki punya tanggungjawab besar kepada anak-anak dan keluarganya. Tetapi lelaki kini banyak yang leka kerana mereka berkahwin dengan wanita bekerja, berbanding zaman ibu kita dahulu.
''Contohnya bekas suami saya melepaskan semua tanggungjawabnya daripada memberi makan minum dan susu untuk anak-anak, hinggalah membayar sewa rumah, duit untuk penjaga anak seterusnya membayar ansuran motorsikalnya.
''Dia pandai, mula-mula kata minta tolong bayar ansuran motor sebab duitnya habis kena baiki motor selalu rosak, bila dia tengok kita tak membantah, dia suruh bayar sewa rumah, katanya dia terpaksa bantu emaknya nak buat rumah baru. Lepas tu sedikit demi sedikit dia buat leka dan terus suruh saya buat semua, sebab dia tahu saya ada duit.
''Empat lima bulan saya boleh sabar, tapi kalau dah memanjang suruh kita bantu, tentulah gaduh. Sedangkan dia sibuk di luar rumah. Lepas tu saya dapat tahu dia tak pernah kirim duit untuk emaknya apa lagi nak buatkan rumah baru. Semuanya bohong.
''Bila anak bertambah dua, beban semakin berat, dan saya tak boleh bersabar lagi, kami sering berperang, akhirnya bercerai. Lepas dua bulan bercerai dia menyesal nak rujuk semula, tapi saya tak mahu, sebaliknya saya rasa lebih senang sendirian.
''Tetapi lain halnya dengan kawan saya punyalah sayang suami hingga jadi bodoh. Nora memang cantik, kulit kuning langsat, pandai masak, ada tiga anak dan pandai cari duit dengan kemahirannya memasak. Pendapatan saya dan Nora sama, begitu juga suami Nora, walaupun berlainan jabatan.
''Dia lebih bertuah kerana emaknya tinggal bersama, jadi tak ada masalah menjaga anak, selain membantunya bila ada tempahan memasak. Kalau pasal masak beriani, lauk pauk, kuih muih semua Nora boleh buat, memang sedap. Nora mewarisi kemahiran emaknya.
''Tetapi sedihnya Nora tak enjoy dengan wang yang diperolehinya. Semuanya suami yang pegang. Termasuk pakaiannya dan anak-anak semua ditentukan suaminya mereka hanya bertukar pakaian pada hari raya. Begitu juga dalam urusan lain.
''Saya pernah mempelawa Nora beli baju yang dijual seorang teman di pejabat, tetapi Nora tolak, katanya dia tak ada duit kerana gajinya suaminya simpan. Bukan itu sahaja semua keputusan tentang dirinya diputuskan oleh suaminya. Emak Nora pernah balik kampung malas nak menguruskan anak-anak Nora, tetapi dia kasihankan Nora yang terpaksa uruskan semua perkara di samping ambil tempahan memasak yang disuruh suaminya.
''Mungkin terlalu banyak mengambil tempahan memasak, Nora jadi penat, mengantuk dan kurang beri tumpuan kepada kerja di pejabat, pernah dia dinasihatkan supaya lebih berhati-hati kerana kerja lebih penting. Pernah juga Nora jatuh sakit dan terlantar di hospital, dan sejak itu dia kurang ambil tempahan memasak.
''Malangnya sejak kurang dapat tempahan memasak perangai suaminya turut berubah. Kalau dulu dia sering pergi ke pasar dan kedai untuk membeli barang keperluan, tetapi kini suaminya suka berhiburan di luar rumah. Hinggakan sesekali bila ada tempahan buat kuih, Nora sendiri terpaksa ke kedai mendapatkan barang keperluan. Suaminya tak ambil peduli.
''Perubahan itu berlaku sejak hampir dua tahun lalu, Nora sering bercerita kerana dia tak ada duit nak buat belanja, hinggakan dia terpaksa tumpang kawan ke pejabat. Kata Nora dia kasihankan suaminya kerana sejak tak berniaga suaminya jadi muram, sering tak berduit.
''Saya tumpang sedih dengar cerita Nora, sebab kami tahu suaminya ada teman wanita yang istimewa. Bukan saya seorang nampak, bahkan ada kawan-kawan lain pun terserempak juga, malangnya kami terpaksa mengelak dari bertembung, takut suami Nora nampak. Sedihnya tak ada seorang pun berani bercerita pada Nora.
''Bukan kami takut, tetapi kami tak sampai hati nak beritahu Nora, sebab kami kasihankan dia kerana dia terlalu sayangkan suaminya. Malah dia tumpang sedih bila melihat suaminya bersedih. Kata Nora suaminya sering mengeluh tak ada duit sejak tak ada bisnes.
''Saya jadi hairan kerana gaji Nora dia yang simpan tak keluar buat belanja pun apa lagi gajinya sendiri. Nak kata Nora habiskan duit, dia tak pernah pegang gajinya semua suaminya yang urus, termasuk duit tempahan memasak.
''Saya tak tahu apa jadi pada Nora kalau dia tahu suaminya ada kekasih? Lebih sedih kami takut kalau Nora kena cerai, dia tak ada duit dalam tangan, dan amat menakutkan lagi baru-baru ini suaminya minta dia jadi penjamin pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM30,000. Itu cerita Nora. Katanya dia jadi penjamin sebab kasihan suaminya tak ada duit nak bantu emaknya nak pergi ke Mekah dan nak besarkan rumah dapur. Tetapi saya jadi lebih sedih kerana saya bimbang mungkin suaminya nak buat belanja kahwin.
''Dalam keadaan Nora saya rasa orang yang lebih bersalah adalah dirinya sendiri, kerana kebodohannya terlalu mencintai suaminya hingga sanggup menutup mata perbuatan suami di belakangnya. Nora juga takut bertanya tentang jumlah simpanan duit suaminya selama ini. Katanya dia tidak pernah curiga kepercayaan terhadap suaminya.
''Nora pernah bercerita duit gajinya dan suami semuanya
Patutkah isteri seperti Nora dianiaya setelah anda kumpul wang ringgit dari titik peluhnya selama ini. Kesihanilah isteri yang terlalu jujur dan amat sayangkan anda,'' demikian cerita Azurin tentang Nora dan wanita sama waktu dengannya.
Sensasi: Kehidupan berumahtangga perlukan pengorbanan,perlukan kesefahaman dan paling penting bersedia memberikan komitment dan bertanggungjawab.
Ramai yang berkahwin tp tak bersedia utk jadi seorang yg bertanggungjawab...tanggungjawab lelaki untuk memberi tmpt perlindungan,makan pakai anak isteri,nafkah zahir dan batin isteri,manakala tanggungjawab isteri untuk taat dan menjaga hati dan maruah suami dan keluarga .Bila suami yang berusaha tapi tak mampu dan isteri yang taat dan kasihkan suami pastilah akan membantu suami sekiranya isteri tue berkerjaya.. hati pompuan bukannya keras,bila suami syg dan berusaha utk jaga rumahtangganya,isteri pasti mebalas dgn lebih lagi kasih syg.. dari sinilah sikap saling berkongsi masalah akan membantu perkahwinan .jangan ada sikap mempergunakan dan lepas tangan dlm berumahtangga..yang penting,isteri mesti hormat suami dan suami pun mesti jaga isteri dgn baik.
0 komentar:
Posting Komentar
give your comment here, please do not spam