Khabar angin tersebut didengari daripada kalangan mereka yang rapat dengan Krisdayanti. Biarpun, pada awalnya, Krisdayanti lebih senang untuk berdiam diri, namun akhirnya bekas isteri kepada Anang Hermansyah ini membuat pengakuan yang lebih mengejutkan.
Bahawa dia sebenarnya sudah pun hamil 4 bulan. Pengakuan yang mengejutkan itu telah dibuat menerusi Tabloid Nova. Adik kepada Yuni Shara yang lahir pada 24 Mac 1975 ini juga turut bersyukur dengan rezeki yang Tuhan kurniakan padanya itu.
Kata Krisdayanti, dia kini sudah pun hamil 17 minggu,
"Ertinya, sudah 4 bulan. Ya, saya tahu (mungkin berita ini agak memeranjat). Tapi, kami berdua sudah sama-sama dewasa. Kami pun dah lama merancang untuk mengadakan perkahwinan ini," katanya.
Mengenai tanggapan sering yang bakal dilemparkan masyarakat terhadap kehamilannya itu, Krisdayanti berkata, dia tidak mahu ambil pusing tentang hal tersebut. Malah, ibu yang bakal memiliki cahayamata ketiga ini mengakui lebih baik perkara itu diketahui ramai daripada kemudian hari.
"Benda ni dah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul pulak cerita yang tidak betul. Kononnya, saya melakukan abortion (buang anak)," katanya.
Krisdayanti dan Raul Lemos menikah pada tanggal 20 Mac 2011 lalu. Mereka kemudian mengadakan resepsi perkahwinan di Hotel Mulia, Jakarta Selatan pada 25 Mac 2011.
0 komentar:
Posting Komentar
give your comment here, please do not spam