Selasa, 19 April 2011

Masterchef Malaysia - Sertailah Ujibakat Masterchef Malaysia yang pertama

Sebelum nie kat channel 711 Astro,Sensasi cukup minat dengan rancangan Masterchef yang merupakan rancangan masakan yang sangat best menampilkan tukang masak amatur,yang takda basic dalam bidang masakan secara professional,mereka nie terer masak kat rumah,untuk family,tunang,kekasih dan mcm2..

Terkejut jugak Sensasi bila dengar Masterchef bakal diadakan di Malaysia,terbayang muka mereka nie.





Pengumuman baik untuk semua yang suka memasak di luar sana. Terbaru pihak Astro akan menerbitkan sebuah program realiti masakan yang telah mencetuskan fenomena di kalangan penonton di seluruh dunia, "MasterChef" yang bakal memulakan sesi ujibakat di Malaysia tidak lama lagi.

“Pihak Astro juga berbesar hati ingin mengumumkan bahawa Juara MasterChef Malaysia bakal memenangi wang tunai berjumlah RM100,000. Tambah menarik, pihak Astro akan menerbitkan dan mengedar buku resipi Juara MasterChef Malaysia ini. Ganjaran ini dilihat dapat mendorong masyarakat di luar sana untuk menyertai program yang pertama kali seumpamanya diadakan di negara ini, tambah Azlin lagi.

Chef Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Papa Joe dan Chef Zubir Md Zain yang berpengalaman dalam penyediaan makanan di peringkat tempatan dan antarabangsa ini, dilantik sebagai juri untuk sesi ujibakat kali ini. Kedua-dua Chef tersebut akan menilai peserta yang akan hadir dengan masakan masing-masing.

Sesiapa yang berminat juga boleh menghantar borang penyertaan secara online sebelum 18 April 2011. "Masterchef Malaysia" ini bakal bersiaran di saluran rasmi, Astro RIA (saluran 104) pada bulan Oktober ini.
Dari kiri - Jason Lew (Penerbit Eksekutif MasterChef), Mackenna Singh (Penerbit Eksekutif MasterChef), Azlin Reza Azmi (Pengurus Saluran Astro Ria), Papa Joe & Chef Zubir selaku juri ujibakat.

Maklumat tentang sesi ujibakat MasterChef Malaysia:-

Pulau Pinang - Hotel Equatorial, Bayan Lepas (23 April 2011)
Sabah - Hotel Beverly, Kota Kinabalu (30 April 2011)
Johor - Hotel Selesa, Johor Bahru (7 Mei 2011)
Terengganu - Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu (13 Mei 2011)
Kuala Lumpur - Kolej Universiti KDU, Petaling Jaya (20 & 21 Mei 2011)
** Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakkan.

Peserta mestilah seorang lelaki atau perempuan, bujang atau sudah berkahwin dan mestilah seorang warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan perlu membawa salinan kad pengenalan serta sekeping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang). Para peserta juga dikehendaki untuk membawa hidangan halal untuk dinilai oleh para juri.



P/s:Astro turut memperkenalkan laman peminat facebook (www.facebook.com/ MasterChefMalaysia) dan twitter (www.twitter.com/MasterChefMY) untuk mengetahui perkembangan terkini tentang MasterChef Malaysia. Sementara itu, mereka yang berminat boleh melayari laman web rasmi di www.masterchef.com.my untuk maklumat lanjut.

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ