bahkan ada yang mula percaya Sai Baba adalah Dajjal,kerana kuasa ajaib yang dimilikinya.Di India,ramai yang memujanya,bahkan kemasyhurannya tersebar keserata negeri,kononnya Sai Baba separuh tuhan bagi mereka.
Tapi nampaknya Sai Baba meninggal dunia akibat serangan jantung,jadi sahlah Sai Baba bukan Dajjal .
Pemimpin spiritual terkemuka dari India, Sathya Sai Baba, meninggal dunia pada 24/4/2011 pagi. Sebelum ini lelaki ini amat diyakini oleh pengikutnya bahawa Sai Baba adalah manusia setengah Tuhan kerana mempunyai beberapa kuasa-kuasa luar biasa.
Sai Baba sebelum ini menjalani rawatan intensif selama tiga bulan akibat penyakit jantung yang kronik.
Ribuan pengikut Sai Baba telah berkumpul di hospital tempat Sai Baba menghembuskan nafas terakhirnya. Mereka akan mengiringi pengebumian mayat Sai Baba ke tempat lahirnya iaitu di bahagian selatan daerah Andra Pradesh.
Sathya Sai Baba lahir dengan nama Sathyanarayana Raju pada 23 November 1926.
Ajaran spritual yang Sai Baba yang tersebarluas, mempunyai ramai pengikut dari seluruh dunia.
Sai Baba yang sering dianggap sebagi orang suci itu menegaskan ajarannya bukan agama dan bukan pecahan dari agama yang sedia ada. Menurut jutaan orang di dunia yang mempercayainya, Sai Baba memiliki kekuatan supranatural termasuk menghilangkan benda begitu saja, mengetahui kisah kehidupan orang di masa lalu, mampu mengubati semua penyakit mematikan termasuk AIDS, bahkan ada yang mengatakan dia boleh menghidupkan kembali orang yang sudah mati.Sebab itu ada yang mengatakan Sai Baba adalah dajal.
Dengan kematian Sai Baba ini ternyata dia hanya manusia biasa sahaja. Sebelum ini banyak Video di youtube pendedahan Sai Baba hanyalah ahli silap mata.
0 komentar:
Posting Komentar
give your comment here, please do not spam