Kamis, 08 September 2011

Gambar Khairul Fahmi beraya dnegan Dahlia Teck ,Masih belum putus tunang mengikut adat

Sebelum nie, Khairul Fahmi mengaku gambar berpegangan tangan dengan Dahlia Teck di Singapore adalah dirinya,sekaligus mengukuhkan lagi anggapan ramai terhadap perhubungan cinta antara mereka semasa Khairul Fahmi masih lagi tunangan orang.

Khairul Fahmi dah pun buat pengumuman memutuskan pertunangan dengan Elia,namun sehingga kini belum dibuat pemulangan cincin secara adat.

Kalau dia (Khairul Fahmi) ‘jantan’ sangat, kenapa tak datang jumpa kami sendiri. Dia banyak memberikan kenyataan tidak benar, sekali gus memberi persepsi negatif kepada keluarga kami. Bila dia kata nak putuskan pertunangan ikut adat Melayu, sehingga hari ini dia sebenarnya tak buat apa-apa pun. Kami malas hendak memanjangkan isu ini, tapi apabila dia memberi kenyataan tidak benar, kami kena perbetulkan.

Khairul Fahmi berkata yang ini semua adalah salah faham. Berikut ialah kata-kata Khairul Fahmi:-

Saya anggap perkara ini sebagai salah faham sahaja. Lagipun urusan mengenai pemulangan cincin tunang itu dibincang menerusi keluarga angkat, bapa Aimie (Elia) dan ibu tirinya. Memang cincin itu masih ada di tangan keluarga angkat dan saya akan pulang untuk menyelesaikan perkara ini mengikut ada nanti.

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ