Rabu, 07 September 2011

Zizan dan Jue Saling Sayang Menyayang

Sama Padan ,sama Lawa...dua-dua berjaya menempa nama dalam dunia industri hiburan tanah air.

juliana Evans nie sejak mengacarakan rancangan Remaja,masa tue dia dgn Aidid Marcelo jadi pengacara,memang Sensasi dah suka tgk,comel dan cantik..selepas menamatkan persekolahan barulah Jue aktif berlakon dan modelling..kat Malaysia nie wanita berwajah Pan-Asian memang laku...tp kalau laki ,mesti yang Macho2 dan kemelayuan sikit kaalau Pan-Asian taklah lakuu sgt kot..hehe

dah lama kemesraan Jue dgn Zizan nie..tp dua2 mengaku kawan jer...ye kerrrr??

Pergi kemana slalu berdua,bergurau senda,hepi dan ada chemistry...Jue siap ckp dia dah mcm Semi-single (ke memang dah x single lagi..aha)

Pada firasat Sensasi lah kan..Deraang berdua nie memang bercinta,cum masing-masing setuju untuk ckp kawan je sebab nak jaga publisiti...memang ramai ckp peminat zaman skrg dah tak mcm dulu yang nak minat selebriti single je...tp sensasi rasa gossip cinta sedikit sebanyak menjatuhkan saham artis...

Jom dgr Komen Zizan dan Jue..




Komen Zizan Tentang gossip hubungan Cinta Zizan dan Juliana Evans.

“Saya bukan hendak berdolak dalih tapi ya, saya mengakui saya sangat sayangkan Jue (panggilan mesra Zizan kepada Juliana Evans) tetapi lebih kepada sayang sebagai seorang kawan baik. Saya berani mengakui Jue adalah satu-satunya wanita yang rapat dengan saya sekarang ini. Ada keserasian tapi tiada bibit-bibit perasaan ke arah percintaan.”

“Bila berkawan dengan perempuan cantik seperti Jue ramai yang tidak percaya kalau saya cakap kami hanya berkawan baik, tapi saya lebih selesa berkawan dengannya. Saya boleh berkongsi pandangan, minta nasihat, usik-mengusik, sakat menyakat dan sebagainya. Seronok berkawan dengan Jue kerana dia seorang yang berfikiran terbuka, banyak ilmu dan pengalaman, pendek kata saya gembira bersamanya.” Jelas Zizan sambil berseloroh nakal.

Menyentuh tentang pengalaman digandingkan pertama kali dengan Jue juga pertama kali berkerja dengan pengarah Ahmad Idham menerusi filem komedi seram, “Hantu Bonceng”. Zizan menyifatkan berkerja dengan kedua-dua individu ini satu pengalaman berharga buatnya.

“First time berlakon dengan Jue memang seronok dan apa yang saya boleh simpulkan adalah Jue memang professional ketika bekerja. Chemistry antara kami juga kuat, kata orang keserasian itu ada dan itu yang memudahkan kerja kami.”

“Saya bersyukur kerana diberi kepercayaan sekaligus menjayakan filem arahan Ahmad Idham ini. Seronok bekerja dengannya. Dia seorang pengarah yang berkaliber, boleh menerima pendapat pelakon, kelakar tapi dalam masa yang sama serius berkerja,” tambah Zizan



Komen Jue Evans berkaitan hubungan rapat dengan zizan

“Saya dengan Zizan memang sangat rapat, tapi perasaan saya terhadap dia tidak lebih perasaan kasih kepada seorang kawan. Saya selesa dengan hubungan kami berdua sekarang jadi saya tidak mahu sebarang perasaan yang lebih dari seorang kawan bakal merosakkan hubungan persahabatan kami. Jadi biarlah begini, saya gembira,” ujar pelakon berdarah Melayu-Inggeris ini.

Jue turut mengakui Zizan antara lelaki yang rapat dengannya buat masa ini. Malah Jue turut mengagumi jejaka kelahiran Dungun,Terengganu yang disifatkannya seorang yang kuat berlawak, penyanyang, mengambil berat, matang dan komited dengan karier.

“Kalau ditanya siapa lagi lelaki yang rapat dengan Jue, Zizan adalah antara orangnya. Dia punya kriteria lelaki idaman yang saya cari tetapi sayangnya bibit-bibit cinta antara kami belum berputik. Mungkin kami hanya ditakdirkan sebagai kawan sahaja.”

“Buat masa ini Jue lagi senang dilabel ‘semi single’, maknanya belum berpunya tapi ramai kawan lelaki. Maknanya saya ramai kawan lelaki cuma lelaki yang bergelar ‘kekasih’ belum ada lagi,” ujar pelakon filem ‘Kami The Movie” ini lagi ketika ditemui di Tayangan Perdana filem “Hantu Bonceng” baru-baru ini.

Ketika ditanya pengalaman serta kesukaran sepanjang berlakon dalam filem komedi seram, “Hantu Bonceng” yang bakal menemui pawagam 31 ogos ini. Jue menjelaskan tidak banyak kesukaran menjayakan filem tersebut meskipun harus menggalas tiga watak berbeza.

“Memegang tiga watak berbeza iaitu watak gadis kampung lurus bendul, watak hantu dan gadis jahat memang agak mencabar. Bayangkan untuk watak hantu sahaja, saya kena mekap berjam-jam, naik treler dan sebagainya. Tapi adengan paling mencabar bila saya kena menghafal mantera pelik untuk adengan nasi kangkang, memang seram.”

“Selain itu juga, saya berdepan dengan kesukaran untuk menutup mulut Zizan kerana dia tidak pandai berhenti buat lawak. Sampai ada satu tahap saya terpaksa mengarahkannya untuk berhenti buat lawak. Dia berhenti, tapi enam minit kemudian dia sambung lagi,”

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ