Senin, 24 Januari 2011

Anne Hathway bakal berlakon sebagai Cat Woman

Sudah disahkan bahawa Anne Hathaway telah ditawarkan memegang watak Selina Kyle atau Catwoman untuk filem terakhir francais Batman, "The Dark Knight Rises".

Pengarah Christopher Nolan berkata: "Saya sangat teruja dapat bekerjasama dengan Anne Hathaway yang akan menyertai kami untuk menamatkan filem ini."

Tambahnya lagi, pelakon Tom Hardy pula akan memegang watak Bane. "Saya gembira dapat bekerja dengan Tom sekali lagi dan tidak sabar menantikannya membawa watak sebagai musuh ketat kepada Batman mengikut interpretasi kami."




0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ