Rabu, 12 Januari 2011

Penonton keluar meninggalkan Stadium Putra semasa Ana Raffali dinobatkan Juara


Sensasi tengok AJL ke-25 hari ahad yang lepas sambil menontotn perlawanan Man U Vs Liverpool.

Masa Sensasi menonton persembahan Ana Rafalli memang sensasi langsung tak terdetik yang dia bakal menang apa-apa anugerah dalam AJL,sebab mcm bosan je,lagipun dia menyanyi dalam sangkar dan baju merah dia tak cantik :P

Pada malam tersebut ,memang sengit dengan lagu-lagu yang hebat dan vokal mantap.

Tapi akhirnya Ana Raffali telah dinobatkan sebagai Juara AJL ke 25,membolot RM35k,kerana lagu dan lirik juga dihasilkan sendiri.

Keputusan Juri sudahpun muktamad,cuma sekarang,.ramai yang mempertikaikan dan mcm tak puas hati.Kecoh la kat siber.


Kemenangan Ana Raffali menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku kurang disenangi sesetengah pihak.

Selain tindakan penonton yang terus meninggalkan Stadium Putra Bukit Jalil sebaik sahaja lagu berkenaan diumumkan sebagai pemenang, terdapat banyak komen yang mempertikaikan pemilihan lagu itu dalam blog tempatan.


Ada yang menulis lagu itu membosankan, tidak ada daya penarik selain tiada kekuatan yang diperlukan untuk diangkat sebagai juara.


Rasa tidak puas hati itu mendorong pihak tertentu melepaskan rasa tidak senang mereka di Internet termasuk mewujudkan akaun Facebook dengan menggunakan nama 'Kami Tidak Bersetuju Ana Raffali Menang AJL25'.


Memetik beberapa kritikan daripada akaun Facebook itu seperti 'Ana Raffali menyanyi sambil menguap tak sedap langsung', 'Tolong Ingatkan Aku? Memang aku tak nak ingat dia yang menang', 'Aku tak kisah orang lain tetapi kenapa Ana Raffali' dan 'Ana Raffali penyanyi syok sendiri suara tak sedap dan lagu entah apa-apa.'

Tapi takpelah,agaknya dah memang rezeki dia nak menang.

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ