Al-kisahnyer..Menurut Abby , Norman telah lewat untuk menghantar anak mereka yang memulakan persekolahan hari ini. Lalu Abby menelefon Norman, tup tup Memey pula yang menjawab panggilan tersebut dan memberitahu "kejap-kejap abang tengah siap".
Yang bestnya, si Memey ini pula boleh menjawab apabila Abby mempersoalkan mengapa panggilan dijawab oleh Memey, bukan Norman sendiri.Memey dengan gedik menjawab "bialaa...Sibuk jer"...
Memang pelik depan org Memey bukan main bersikap lemah lembut dan sopan,namun nampaknya pasangan ini masih belum insaf dan serik dari kisah khalwat mereka yang kontroversi tahun lepas.
Memey bagaimanapun memberi komen tentang isu status facebook Abby Abadi tersebut
“Salahkah saya jawab panggilan telefon bagi pihak tunang saya? Saya bukan buat salah besar sehingga dia hendak marahkan saya sampai macam tu sekali? Saya terkejut dengan tindakan Abby selepas dimaklumkan oleh seseorang ketika tiba di lokasi penggambaran.
“Nak ikutkan secara logik, ia bukan isu besar dan Abby tergamak menulis sebegitu rupa dalam Facebook sehingga ia boleh ditatap oleh ramai orang,” katanya
Menurut Memey, ketika telefon tersebut berbunyi dia tidak menyedari ia panggilan daripada Abby kerana tidak tertera nama pemangil. Menurutnya, tindakan tersebut juga telah menimbulkan persepsi buruk segelintir masyarakat terhadapnya.
“Saya mahu buka buku baru untuk tahun ini, tapi dia mulakan dengan buat persepsi buruk terhadap saya. Perkara ini juga melibatkan maruah saya.
“Saya malas mahu besarkan keadaan dan saya hanya nasihatkan agar dia fikirkan dahulu sesuatu perkara secara rasional,” katanya.Tambah Memey, dia berharap untuk tahun baru 2011 ini tiada lagi sengketa antara dia dan pelakon tersebut.
“Saya tahu dia tidak suka saya, diantara kami memang tidak boleh berbaik tapi tolonglah jangan timbulkan sebarang sengketa,” katanya.
Namun memey nampaknya tidak menjelaskan mengapa dia tinggal di rumah Norman sehingga pada awal-awal pagi waktu menghantar anak kesekolah memey boleh menjawab dengan mengatakan abg tengah bersiap...Memey juga tidak menafikan yang dia tinggal serumah dengan Norman..huhu....
0 komentar:
Posting Komentar
give your comment here, please do not spam