Senin, 24 Januari 2011

Lepas Gosip berpegangan tangan ,Tiz Zaqyah dan Remy Ishak dikatakan tinggal serumah?


Gossip cinta diantara pelakon Nur Kasih,iaitu Tiz Zaqyah dan Remy Ishak nampaknya belum surut.

Sebelum nie ada peminat dikatakan nampak Remy Ishak berpegangan tangan dengan Tiz di motor GP Sepang.Remy sendiri mengakui,tapi sebab masa tue sesak sangat jadi untuk mengelakkan daripada terpisah akibat kesesakan Remy terpaksa pimpin tangan Tiz.

Selepas tue muncul pula gossip mengatakan yang Tiz dan Remy tinggal serumah.Tanpa berlengah Tiz menjelaskan keadaan sebenar..


"Saya memang berkawan dengan dia. Memang dia pernah datang dan melepak di rumah saya tapi bersama rakan-rakan lain. Bukan dia sahaja yang datang bahkan kawan-kawan lain pun sama juga. Saya pun tak faham bagaimana kisah ini timbul kalau ada bukti mengatakan kami duduk sekali saya harap orang yang membuat cerita itu mengemukakan buktinya," katanya ketika ditemui pada majlis preview telemovie, 7 lagu yang diadakan di Mutiara Damansara, di sini, malam tadi.

"Saya bosan dengan apa yang berlaku kerana segala cerita yang disebarkan tidak benar. Tapi amat sukar untuk saya mempertahankan diri sendiri kerana yang bercakap terlalu ramai. Namun saya bersyukur kerana masih ada keluarga dan rakan-rakan terdekat yang mengerti dan mengetahui siapa saya sebenarnya," jelasnya lagi.

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ