Catriona Ross kini dengan imej bertudung,namun menurut Catriona selepas bertudung susah untuk dia menerima tawaran berlakon.
Sensasi rasa mungkin kalau Catriona kuruskan badan mungkin lebih senang kot Catriona nak dpt tawaran berlakon..huhu..sebab skrg pun ramai je pelakon bertudung.
"Waktu mula-mula saya bertudung, boleh katakan memang tiada tawaran yang datang. Kadang kala ada juga yang menghubungi saya untuk berikan watak tertentu, tapi bila tahu saya sudah bertudung, terus mereka tidak berminat. Ada juga yang stereotaipkan wanita bertudung harus memegang watak muslimah dan lemah lembut tapi saya akan tolak tawaran begitu. Saya tidak suka dikategorikan.
"Saya pernah diminta untuk tanggalkan tudung sekiranya mahu berlakon dalam drama mereka, namun saya berpegang teguh kepada prinsip. Kalau mereka tetap berdegil, cari sahaja pelakon lain. Saya tidak akan buka tudung semata-mata kerana tawaran kurang.
"Memang saya kecewa dengan sikap mereka namun saya sudah bersedia menghadapinya. Saya bertudung bukan sekadar imej, ianya adalah prinsip dan diri saya sekarang," ujar anak jati Kota Bharu Kelantan ini.
Gambar dibawah nie adalah gambar drama pertama yang diterima tawaran dari Shiela Rosli selepas Catriona bertudung,membawakan watak jahat sebagai Ratu Ular.
0 komentar:
Posting Komentar
give your comment here, please do not spam