Senin, 24 Januari 2011

Temubual bersama Ayu Raudhah dan Zaquan Adha tentang permulaan kisah cinta mereka

Pasangan bahagia Ayu dan Zaquan. pun begitu melalui nada dan tutur kata Ayu bercerita tentang kisah cinta mereka,nyata Ayu sangat over excited dan berbangga dapat jadi isteri kepada Zaquan Adha.
haha sensasi tengok gambar nie ayu mcm senyum jahat ..huhu


Cinta dalam tafsiran kalian?

AYU RAUDHAH (AR): Sebuah perasaan yang tidak boleh diluahkan dengan kata-kata. Insan bercinta sahaja yang boleh memahami dan merasainya. Malah ia tidak boleh digambarkan. Makin nak kahwin, makin tersenyum-senyum baca SMS Zaquan. Macam baru-baru nak bercinta.

MOHD. ZAQUAN ADHA (ZA): (Ketawa besar) Saya tidak tahu dan tidak boleh menjawab soalan ini. Mungkin kerana saya bukanlah jenis yang sangat romantis.

Kali pertama bertemu, masih ingat pertemuan itu?

AR: Pasti, saya ingat tarikh 11 Mei 2009, dia datang bertemu saya dengan kawan saya. Kami keluar bersama. Saya control jelita walhal sangat malu sebab suka dengan pertemuan tersebut. Zaquan pula nampak agak berlagak sedikit tapi bila saya sampai di rumah, terus dapat SMS daripadanya yang berbunyi, "Hai, orang hot." Selepas itu kami kerap juga berbalas SMS tapi tidak serius. Sehinggalah dia datang untuk satu perlawanan Kedah menentang Negeri Sembilan di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Kebetulan saya juga ada di sana. Kami bertemu lagi pada bulan Julai.

ZA: Ingat, masa tu saya keluar minum dengan Ayu dan rakannya. Mula-mula berborak biasa-biasa. Tapi sejak itu mula kami rapat dan terus rapat. Saya suka tengok dia bercakap masa itu. Sangat lemah lembut.

Bila Zaquan mula-mula ajak Ayu kahwin?

AR: Jangan tidak tahu, dua minggu lepas kami rasmi berpacaran, dia terus ajak saya kahwin. Saya rasa macam tak percaya dan ingatkan dia main-main. Malah saya anggap dia tidak ambil serius sehinggalah dia bawa saya berjumpa keluarganya. Pertama kali pada bulan April dan kali kedua pada bulan Oktober untuk pertunangan. Sebelum dia kenalkan dengan ayah dan ibunya, dia bawa saya berkenalan dengan adik beradiknya. Alhamdulillah, kali pertama saya berjumpa kedua orang tuanya, kami terus jadi baik.

Majlis perkahwinan, atas idea bersama atau bagaimana?

AR: Idea asal memang daripada saya dan yang merealisasikannya adalah kakak saya, Rohaiza (Jaja). Saya memang sudah lama teringinkan majlis yang bertemakan perkahwinan dalam taman dan penuh fantasi. Bagi saya, tema tersebut sangat comel dan memang dulu telah jadi anganan saya. Zaquan pula jenis mengikut sahaja.

ZA: Kalau di sebelah Ayu, saya biarkan dia dan familinya yang tentukan. Sebelah saya, kami akan memakai persalinan warna biru muda. Saya biarkan mak andam dan famili saya yang uruskan semua dan kalau tanya saya, sejujurnya saya memang tidak pandai menguruskan hal-hal begini.

Ayu di mata Zaquan?

ZA: Dia seorang yang lemah lembut dan pandai mengambil hati orang tua. Ayu seorang yang sangat manja. Mudah terasa dan merajuk. Saya ini jenis yang tidak pandai memujuk. Kadangkala saya biarkan dia pujuk dirinya sendiri.

Zaquan di mata Ayu?

AR: (Gelak) Semua suka terutamanya kerana dia merupakan seorang yang sangat mengutamakan famili. Malah dia dan saya jenis yang rapat dengan famili maka saya faham apa yang masing-masing rasa. Malah dia sangat sopan di hadapan keluarga. Nak kata romantis, tidak, tapi dia berusaha untuk meromantikkan suasana. Dia juga seorang yang teliti dan suka bertanya untuk mendapatkan kepastian dan keterangan lanjut.

Perancangan selepas perkahwinan?

AR: Zaquan memang tidak kisah kalau saya berlakon tetapi saya akan hadkan aktiviti lakonan saya dan kurang mengambil tawaran berlakon. Saya akan jadi selektif tapi akan terus berlakon. Sepatutnya awal Februari ini saya terlibat dengan sebuah drama bersiri tetapi saya tolak kerana tidak mahu berjauhan dengan suami. Saya juga akan berpindah ke Seremban.

ZA: Nampaknya kami akan duduk di Seremban kerana saya sudah ada rumah sendiri di sana. Kelak kalau dia sibuk dengan penggambaran, kami akan singgah di rumahnya di Kuala Lumpur. Saya sibuk dengan latihan bola sepak. Saya juga tidak akan menghalang Ayu untuk terus berlakon kerana saya kenal dia pun sesudah dia bergelar pelakon. Saya cuma ingatkan dirinya supaya bijak membuat keputusan dan membuat keutamaan.

Bagaimana Zaquan mempersiapkan diri untuk masuk ke dalam dunia selebriti dan berhadapan dengan sensasi?

ZA: Bukan pasangan selebriti sahaja perlu bersedia dengan dugaan dan halangan selepas kahwin. Status artis lebih mendapat perhatian dan pelbagai perkara yang ditimbulkan. Orang biasa juga mempunyai masalah mereka sendiri. Sama ada bersedia atau tidak, saya dan Ayu akan hadapi masa hadapan bersama-sama.

Ayu pernah menyatakan bahawa Ayu peminat permainan bola sepak. Apa bukti minat tersebut?

AR: Saya memang penyokong pasukan Malaysia dan Negeri Sembilan. Dari dulu saya memang jenis mengikut kakak saya, Jaja yang suka menonton bola sepak di stadium dan kemudian terjebak. Perlawanan pertama Zaquan yang saya saksikan adalah ketika dia bermain untuk pasukan bawah 20 tahun menentang Singapura di Stadium Bukit Jalil. Waktu itu belum suka dia lagi tapi selepas melihat gambar Zaquan terpampang di papan iklan di Lebuhraya Persekutuan, saya terus suka. Ini seperti sebuah mimpi jadi nyata kerana dapat menjadi isterinya.

Mahu berapa orang anak?

AR: Tidak merancang langsung.

ZA: Saya tidak kisah, kalau boleh 10 orang okey juga. Lima orang juga okey. Tapi jujurnya saya mahu sepasang lelaki dan sepasang perempuan.

Perancangan bulan madu?

AR: Sedih sebab Zaquan tidak dapat cuti. Dia cuma diberi pelepasan pada 20 hingga 23 Januari dan 30 Januari. Jadi kami tidak dapat berbulan madu lagi. Ikutkan perancangan kami mahu ke Hawaii. Saya sukakan pulau kerana ia tenang, tidak sibuk dan kami dapat menghabiskan masa sepuas-puasnya berdua.

ZA: Saya sudah jelaskan pada Ayu bahawa saya tidak dapat cuti untuk kami berbulan madu. Saya baru sahaja pulih daripada kecederaan dan perlu mengikut latihan-latihan yang ditetapkan. Ayu faham tetapi kasihan dia.

Masih wujudkah rahsia antara kalian?

ZA: Tiada rahsia antara kami. Saya cakap pada Ayu, hal yang lepas-lepas biarlah berlalu. Saya pernah ada sejarah dulu dan begitu juga dirinya. Kami tidak boleh ungkit-ungkit perkara lalu. Apa yang penting kini kami perlu berterus terang dan tidak ada apa yang perlu disorokkan.

Panggilan Zaquan buat Ayu?

ZA: Saya panggil dia Boo Boo atau sayang dan Baby. Dia pun panggil saya panggilan Boo Boo.

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ