Jumat, 18 Februari 2011

Honda Malaysia memanggil balik Honda City dan Jazz keluaran 2009 dan 2010 supaya segera dihantar ke pusat Servis Honda

Dunia automotif di seluruh dunia tidak pernah terlepas dari situasi memanggil balik kenderaan akibat kerosakan, terkini Honda Malaysia telah mengumumkan mereka memanggil balik 21,956 unit model City 2009 dan 1,680 unit model Jazz 2009 dan 2010, bagi menggantikan “lost motion springs” dan “retainers” bagi kesemua kenderaan terbabit. Honda Malaysia akan menghubungi semua pemilik kenderaan yang terlibat supaya menghantar kenderaan mereka ke pusat servis Honda yang bertauliah secepat yang mungkin setelah menerima notis yang dihantar.

Menurut pihak Honda, “lost motion spring” yang dimampat oleh “rockers arms” dalam enjin biasa, mungkin bengkok atau pecah menyebabkan bunyi enjin yang bising dan berpotensi menyebabkan enjin terhenti. Setakat ini belum ada laporan mengenai kemalangan atau kecederaan bersabit isu tersebut. Caj pemeriksaan dan penggantian alat ganti akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat, menurut kenyataan dari Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ