Senin, 28 Februari 2011

Shuib mengaku sukar untuk dapatkan Siti Sarah,6 bulan cinta tak berbalas


Sensasi seronok sebenarnya apabila mendengar kisah cinta orang.Buat pasangan pengantin baru Shuib dan Sarah pastinya kenangan dan adegan kejar mengejar semasa awal percintaan menjadi sebuah memori indah dan impian menjadi kenyataan apabila akhirnya sah menjadi suami isteri.

Romantik jugakla Shuib nie bersungguh-sungguh mendapatkan Siti Sarah dan akhirnya penantiannya selama ini dibalas dengan cinta .


Tp apa yang sensasi harapkan janganlah time nak mengejar je lelebih punya romantik,bersungguh-sungguh bagai nak rak...Tapi bila perempuan tue dah sayang dan terina cinta si lelaki tue,lelaki mula layan mcm hapa jer...Macam mana nak kekal kan hubungan mcm tue kan?

Nasib baikla pasangan sensasi skrg nie tak mcm tue,dan harapnya takkan mcm tue la.....i love you sweetheart :P


"Sarah adalah wanita pertama yang membuka hati saya untuk serius dalam perhubungan, dia terlalu istimewa. Sebenarnya sukar untuk saya dapatkannya, setengah tahun berkawan dengan Sarah, dia langsung tidak mengucapkan kata-kata sayang ataupun cinta pada saya, sehingga satu hari saya pernah berhentikan kereta di tepi lebuh raya semata-mata untuk mendapatkan hatinya,"jelas Shuib.

Bukan enggan menerima cinta daripada Shuib, jelas Siti Sarah pula, ucapan cinta dan sayang terlalu berat dan sukar untuk diucapkan, malah kegagalan cinta dahulu mendewasakan dirinya.

"Nak ucap cinta ataupun sayang bukan benda yang ringan, ia satu perasaan yang sangat susah untuk diluahkan. Bila saya cakap saya cintakan seseorang, saya sangat memaksudkannya.

"Saya terima Shuib kerana dia mempunyai kesabaran, kesungguhan dan kejujuran yang jarang saya jumpa selama ini, malah, saya dapat lihat Shuib seorang lelaki yang telus dan kami dalam satu jalan yang sama,"jelas Siti Sarah.

Pasangan ini telah mula mengenali hati budi masing-masing lebih kurang setahun tiga bulan yang lalu. Pertemuan pertama di lokasi penggambaran ini membuka lembaran yang indah untuk kedua-duanya dan mereka bersetuju untuk melangsungkan pertunangan pada 16 November yang lalu.

Merancang untuk berbulan madu di Ireland, Siti Sarah dan Shuib bagaimanapun masih belum dapat tarikh yang sesuai kerana terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing

Renungan Romantis Shuib terhadap sarah semasa sesi mencuba pakaian pengantin

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ