Selasa, 22 Februari 2011

Sarah Raisudin dan Shuib Sepah bakal Nikah 26 February 2011



Sarah Raisuddin mengakui bakal melangsungkan pernikahan bersama tunangnya, Shuib yang juga anggota kumpulan Sepah pada Sabtu ini (26 Februari 2011).

Mengakui berdebar menantikan saat tersebut, jelas Sarah, majlis akad nikah mereka akan berlangsung di Jeumpa D'ramo, Bukit Bangsar pada jam 4 petang.

"Saya serahkan kepada orang tua untuk menentukan tarikh pernikahan. Setelah berbincang mereka bersetuju untuk memilih Sabtu ini sebagai tarikh pernikahan kami.

"Tidak ada yang istimewa mengenai tarikh itu. Saya dan Shuib terima setelah orang tua kami yang memilihnya," katanya

Memilih rekaan Hatta Dolmat dan Deq Sha untuk menatarias dirinya dan Shuib pada hari tersebut, penyanyi berusia 27 tahun ini mengakui sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri.

"Bohonglah kalau saya cakap tak bersedia untuk jadi seorang isteri. Saya sedang dalam fasa mempelajari dan bersiap sedia dengan menukar status diri. Lagipun bagi saya tak elok untuk ditangguhkan lagi benda yang elok dan sudah tiba juga masanya bagi kami menokhtahkan hubungan ini kepada ikatan perkahwinan," katanya yang telah pun mengikat tali pertunangan bersama Shuib sejak November tahun lalu.

Mengulas mengenai majlis pernikahanya pula, Sarah berkata, dia merancang untuk menggunakan konsepkan moden kontemporari dan tema warna emas, putih dan oren sebagai tunjang utamanya dalam majlis tersebut.

Berbicara mengenai lokasi bulan madu pula, jelas Sarah, semuanya masih belum lagi diperbincangkan.

"Saya dan Shuib masing-masing sibuk dan kami belum memilih lokasi bulan madu. Selepas nikah, jadual seni kami memang penuh tapi kami cuba mencari ruang untuk berbulan madu. Apa yang penting, kini saya tumpukan pada majlis akad nikah dahulu dan mengharapkan segalanya akan berjalan dengan sempurna. Doakan ya segalanya akan berjalan dengan sempurna!," katanya.

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ