Sehingga Ifa Raziah digelar artis mulut cili.
Apakah punca sebenar Ifa begitu marah sehingga sanggup bergaduh dengan peminat di Twitter?
Pada keesokkan hari (selepas isu Twitter yang menyembur Safura), saya pergi makan bersama rakan artis, yang kebetulan mengambil gambar kami dan muatnaikkan ke dalam Twitter. Dengan meletakkan judul gambar makan bersama diva-diva, ada pula peminat yang memberi komen dengan mengatakan ‘Diva perasan, diva suam-suam kuku’.
Secara elok saya bertanyakan kepada peminat tersebut kepada siapa ayat tersebut dirujuk dengan mengatakan tidak perlu biadab sangat. Jawabnya, pada kami semua peminat-peminat yang layak digelar diva adalah Datuk Siti Nurhaliza sahaja, Ifa Raziah tidak layak!
Saya pun balasnya dengan mengatakan saya tidak minta segala gelaran yang diberikan. Apabila saya bertanyakan apa masalah dia dengan saya, dia menjawab dengan biadab.
Ramai rakan artis yang turut memberi komen dengan bertanyakan kemarahan saya tersebut. Saya menyatakan yang saya mahu ajar peminat supaya jangan biadab dengan artis Malaysia, walaupun mereka tidak suka dengan artis tersebut.
Saya pun membuat rumusan supaya suka hati mereka sama ada mahu gelar saya ratu suntik atau sebagainya. Setelah itu, semuanya menjadi elok semula dan itu sahaja isu sebenarnya. Kami saling bermaaf-maafan dan dia pula telah menjadi pengikut saya di Twitter. Pada mulanya kami bergaduh, kini diakhiri dengan kemaafan. Itu tidak pula ditunjukkan di media massa.
Well,apa yang Sensasi boleh rumuskan kadang-kadang manusia nie bila dia bermulut laser dengan org dia tak berfikir panjang dan tak menghiraukan perasaan org sekelilingnya,tapi bila org yang laser sikit dengan dia,dia cukup terasa dan akan marah-marah dan nak menyumpah org sampai tujuh keturunan..ish3..
0 komentar:
Posting Komentar
give your comment here, please do not spam