Upacara pernikahan yang semakin hampir, penyanyi Kris Dayanti dan kekasihnya Raul Lamos dikhabarkan telah melakukan sesi fotografi pra perkahwinan di kawasan Kota Tua, Jakarta Utara.
Pereka fesyen, Iva Gunawan memberitahu bahawa KD telah memintanya menyiapkan beberapa pakaian untuk digayakan pada hari pernikahannya termasuk untuk sesi fotografi pra perkahwinan tersebut.
"KD telah telah mencuba baju yang diinginkan, malah mereka telah memakai beberapa baju untuk fotografi pra perkahwinan semalam," katanya.
Ivan mengakui mudah untuk berurusan dengan diva popular Indonesia itu dalam merancang busana yang bakal digayakannya pada hari bersejarah itu.
"Untuk fotografi tersebut KD menyuruh saya menyiapkan satu gaun pengantin berwarna putih bertema klasik," katanya.
0 komentar:
Posting Komentar
give your comment here, please do not spam