Jumat, 17 Desember 2010

Azean Irdawati di ramalkan meninggal Oktober lepas,di suruh buat wasiat







Memang semenjak Oktober lepas Sensasi tertanya tanya khabar Azean Irdawati atau Kak Yan,maklumlah satu ketika dulu awal tahun ini semasa Benjy ditahan,Kak Yan mengatakan bahawa Doktor meramalkan jangka hayat hidupnya akan berakhir pada bulan oktober tahun ini.amat mengejutkan.

Namun berpantang maut sebelum ajal,nyata umur kak Yan masih panjang..Sehingga kini Kak Yan masih menanggung derita barah payudara tahap 4.Namun semakin pulih kerana menjalani rawatan Alternatif.

Doktor yang merawatnya menjangkakan jangka hayatnya masih tinggal 2 tahun,masa tue 2 tahun lepas pada bulan oktober,

"Doktor sahkan barah Kak Yan kini tahap empat. Kalau ikut cakap doktor Kak Yan akan meninggal Oktober lepas melihatkan kepada keputusan scan yang dibuat. Waktu itu bulan Oktober 2008 dan dia ramal Kak Yan ada masa lagi dua tahun untuk hidup.

"Doktor tersebut nasihatkan Kak Yan untuk membuat surat wasiat. Menurutnya ramai yang tidak sempat berbuat demikian, Kak Yan dikira bernasib baik kerana boleh membuat persediaan awal menghadapi saat kematian.

"Namun setiap hari Kak Yan memohon kepada Allah agar dipanjang umur dan tidak mengambil nyawa selagi belum memeluk Benjy yang kini dalam tahanan," luah wanita tabah ini.

Tempoh rawatan yang panjang dengan kos perubatan yang mahal menyukarkannya meneruskan rawatan. 26 sesi kimoterapi dan 24 sesi radioterapi masih belum mampu memulihkan barah payudara yang dihidapi, malah tambah Kak Yan, dia tidak sanggup meneruskan rawatan kimoterapi yang disifatkan sangat menyakitkan.

"Kak Yan rasa sihat sekarang ini selepas beralih kepada rawatan alternatif. Kak Yan tak mampu untuk berjumpa doktor lagi sebab dulu Kak Yan berhabis lebih RM200 ribu untuk rawatan di hospital dan barah Kak Yan masih naik ke stage empat.

"Sekarang Kak Yan hanya amalkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dengan Tuan Haji Lokman. Menurutnya setiap ayat dalam Al-Quran adalah ubat dan setiap kali Kak Yan pergi, dia akan bagi surah untuk diamalkan. Tuan Haji nasihatkan Kak Yan berhati-hatu buat rawatan kimoterapi kerana ia membahayakan kesihatan.

"Selain itu, Kak Yan juga amalkan Co Enzim Q10 sejak Januari lalu dan dalam masa tiga bulan Kak Yan mampu berjalan. Orang kena barah ni kalau kena panas cepat lesu dan kalau dulu untuk angkat pinggan pun tak boleh, tapi sekarang Kak Yan dah boleh menyapu sampah," katanya yang membelanjakan sekitar RM1000 sehingga RM2000 sebulan untuk rawatan alternatif.


Sensasi rasa kadang kadang memang rawatan alternatif adalah lebih bagus untuk sesetengah penyakit daripada bergantung dengan ubat ubatan dan dadah di hospital,rawatan secara rohaniah,dan herba semulajadi lebih baik..yang penting ikhtiar,usaha dan tawakkal..Insyaallah boleh jadi semakin pulih dan sembuh,..

Tapi of cos memula kena gunbakan rawatan klinikal dulu,sebab rawatan klinikal terbukti secara saintifik,kalau tak berkesan baru la mencuba rawatan alternatif,Jangan nanti ada yang penyakit semua tanak gi hospital plak...bahaya wooo...

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ