Pelakon Shahz Jazle, 22, dan Maria Farida,yang berusia lewat 30-an, sah sedang hangat dilamun cinta.
Pasangan tersebut mula memberanikan diri bermesej manja dan saling memanggil sesama sendiri dengan panggilan sayang di laman sosial, Twitter baru-baru ini.
Walaupun pasangan itu membuat kenyataan bahawa mereka hanya sekadar kawan rapat, mesej-mesej mereka pada Twitter pula seperti mengiakan perhubungan cinta mereka.
Bagaimanapun, Shahz enggan memberi komen mengenai hal tersebut kerana tidak mau kisah privasi diketahui umum.
"Maaf, saya tidak mahu bercakap tentang hal itu dan tidak mahu kisah cinta saya dijaja.
"Saya buat begini berdasakan pengalaman saya yang lepas dimana kisah cinta saya tidak sudah-sudah dipaparkan di akhbar mahupun laman-laman portal.
"Ini membuatkan keluarga saya tidak senang dengan perkembangan kerjaya saya yang penuh dengan cerita-cerita peribadi. Saya harap anda faham," katanya yang sedang berlakon drama Gemilang arahan Khabir Bahtia bersama dengan Tiz Zaqyah dan Kamal Adli, yang akan disiarkan di TV3 tahun depan.
Sebelum ini, Shahz dan Maria dikatakan sering keluar bersama dan yang terbaru, Maria menunggu Shahz yang sedang membuat sesi fotografi untuk sebuah majalah di dalam kereta.
Sensasi:Walaupun Maria Farida jauh lebih berumur daripada Shahz tapi dia still mantain hot..so seswai la tue...teringat dulu Maria menafikan sekerasnya gossip cinta antara dia dan Shah Jazle.
Yang kelakarnyer kedua duanya katanya tak mahu kisah cinta dijaja tetapi bersayang di twitter yang difollow oleh wartawan dan peminat tue seolah olah menjaja kisah cinta la tue..huhuhu..biasala,kalau bercinta mesti nak org tahu kalau tak nanti pasangan tue org ingat single lalu dikebas orang...huhu
0 komentar:
Posting Komentar
give your comment here, please do not spam