Senin, 27 Desember 2010

Jue Evans Dan Zizan macam belangkas,kemana berdua






Setiap kali ada Majlis ,Anugerah,pasti Jue Evans dan Zizan Raja Lawak akan datang bersama.Mereka juga sering keluar berdua,namun apabila ditanya tentang hubungan cinta,kedua mereka mesti jawab hanya kawan rapat sahaja.

Zizan cakap:

"Kami mula rapat waktu berlakon bersama dalam filem Hantu Bonceng. Memang senang ngam dengan Jue sebab dia chill dan tak hipokrit. Siapa tak cair tengok Jue, dia seorang yang sangat cantik dan terbuka berbincang apa sahaja.

"Kalau betul saya ada girlfriend, saya tak akan keluar terang-terangan begini. Saya lebih suka hal peribadi dirahsiakan.

"Buat masa sekarang kami masih kekal sebagai kawan dan saya belum bersedia untuk ada teman buat masa ini," kata Zizan yang tidak menolak jika ditakdirkan bercinta dengan Jue.


Kata Jue Pula:


"Kami memang rapat dan selalu keluar lepak bersama. Jue suka berkawan dengan Zizan sebab dia memang seorang yang semulajadi kelakar, bukan hanya di dalam televisyen.

"Kami selalu kongsi masalah dan dia akan beri nasihat. Waktu itu dia akan serius tapi selalunya dia akan hiburkan Jue dengan lawaknya.

"Tapi Jue tak boleh melihat Zizan lebih daripada kawan. Tak tahulah akan datang nanti macam mana.."

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ