Selasa, 14 Desember 2010

Zac Efron & Vanessa Hudgens berpisah




Setelah menyulam cinta selama empat tahun, akhirnya hubungan pasangan popular filem francais "High School Musical" - Zac Efron dan Vanessa Hudgens putus di tengah jalan jua. Walaupun pasangan tersebut masih belum memberi sebarang statement atau komen, pelbagai media di Hollywood seperti E! News, Us Weekly dan People seolah-olah sudah pun 'mengesahkan' perpisahan mereka.
Satu sumber memberitahu E!, "Tiada drama ketika perpisahan tersebut berlaku. Tiada orang ketiga yang terlibat."

Malah sumber kepada Us Weekly memberitahu, "Pasangan ini sudah lama bersama. Oleh itu mereka masih lagi meneruskan persahabatan mereka.

Efron dan Hudgens mula rapat apabila bergandingan melalui "High School Musical" pada tahun 2005 dan bercinta setahun selepas itu.

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ