Selasa, 14 Desember 2010

Uqasha mengaku masih solo dan tidak terfikir nak jadi kekasih Nabil



“Alhamdulillahlah saya tidak lagi tertekan dengan hal itu. Cuma saya ingin menjelaskan saya tiada kaitan langsung dengan kes putus cinta Nabil.

“Walaupun masih baru dalam lakonan, ia sedikit mengganggu perjalanan seni saya apabila penerbit-penerbit drama mempersoalkan kehadiran saya kerana mereka bimbang ia akan menjejaskan produksi mereka.

“Bagaimanpun pun saya tak kisah dengan apa orang cakap kerana hal itu telah pun terjadi. Sekarang misi saya ialah mengasah bakat yang ada untuk menjadi pelakon yang berkaliber,” tegasnya.

Selain itu, ujar Qasha, dia sedih kerana adiknya yang juga merupakan seorang pelakon, Nik Zaris Nelydia turut terkena tempias daripada kontroversi tersebut.

“Kesian juga dekat dia kerana orang tak sudah-sudah tanya. Tapi alhamdulillah dia memahami dan dia tidak kisah.

“Setakat ini mama saya dan Zaris yang banyak memberi dorongan serta semangat kepada saya. Malah mama tidak menghalang saya daripada terus berlakon. Cuma dia nasihatkan saya agar lebih berhati-hati dan anggap perkara ini sebagai satu pengajaran yang besar buat saya,” katanya.

Tambah Qasha, tatkala dirinya mahu bangun dengan semangat baru, jauh di sudut hati, dia takut jika nama Nabil akan membayangi dirinya.

Masih lagi berkawan dengan lelaki itu, kedua-duanya lebih selesa tidak berjumpa dengan terlalu kerap agar masyarakat tidak memberi andaian negatif terhadap mereka.

Cuma, tegas Qasha, walaupun Nabil kini solo, dia langsung tidak terfikir untuk menjadi teman wanita Nabil kerana terasa dirinya masih muda untuk bercinta.

“Memang diakui, saya takut dibayangi Nabil. Contohnya orang akan tanya “Uqasha mana yang berlakon? Oh, Uqasha Nabil ke?”, itu yang saya tak nak. Tapi nak buat macam mana bukan? Saya terpaksa terima kerana saya tidak boleh menutup mulut orang.

“Buat masa ini kami masih lagi berkawan. Tetapi Nabil bukanlah cinta hati saya. Umur saya baru 18 tahun. Perjalanan saya masih panjang lagi dan saya tidak utamakan cinta. Senang kata, hati ini tidak dimiliki oleh sesiapa lagi,” katanya.



Sensasi: Teringat kisah Norman dan Memey dulu..Nama Memey yang tak famous langsung terus dikenali satu Malaysia gara-gara kes Khalwat dan gossip panas pengganggu rumah tangga Norman dan Abby Abadi.Tapi selepas kes tersebut ,nama Memey mula dikenali dan banyak pulak drama yang ada Memey..sampai siri kegemaran ramai Awan Dania pun ada Memey...uhuhu,,tak best la ada Memey..rimas i..

Nama Uqasha dulu pun tak kedengaran dan orang pun tak tahu yang dia pelakon baru,tapi sekarang sudah makin dikenali akibat kontroversi gambar panas dan kisah putus cinta Nabil dan Irma.

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ