Sensasi kenal dengan Nur Syella nie melalui mejalah Mangga suatu ketika dahulu.zaman tue blog-blog hiburan belum lagi menular dan sensasi pun masih bersekolah.
Sensasi tengok Syella nie cantik dan sopan je orangnyer.Ditambah pulak Syella sering sekali menceritakan tentang kesusahan keluarganya.Dia ada 13 adik beradik.Dia bernyanyi sebab nak tolong keluarga,dan macam2 lagi niat suci murni Syella nie...
Nama Syella nie takla se gah mana,sebab nyanyian dier pun takdalah menarik sgt.Bahkan ramai yang tak kenal Syella kalau tak pernah beli majalah Mangga.
Cuma gossip Syella di bela sugar daddy pernah kedengaran dulu sebab dengan tiba-tiba dia hidup mewah.
Sensasi pun pernah tengok dalam TV dulu bila Syella disoal tentang Sugar Daddy Syella ckp dia membuka salon dan butik atas hasil menjadi penyanyi dan pelakonHmmm..hairan jugaklah sensasi sebab nyanyian Syella?dia bukan penyanyi popular pun,berlakon?cuma ada satu dua drama je kot.Itu yang Syella ckp masa temubual dalam TV dulu.
Tak kisahla tentang kemewahan yang dikecapinya sekarang,tapi yang Sensasi rasa cukup pelik dengan Syella nie,setelah hidup senang,dia menjadi seorang yang sangat seksi,sosial terkena mcm cultural shock lah pulak menengoknyer..
yang terbaru gambar yang sangat menjolok mata,Syella berpakaian sangat seksi sehingga hampir menunjukkan asetnya...
DUNIA seni memang indah bagi mereka yang berada di luar sebagai pemerhati dan peminat. Tetapi bagi mereka yang mengharungi hidup dalam dunia seni, keindahan yang diharapkan kadangkala pahit dan pedih yang mendatang.
Begitulah yang dialami oleh penyanyi Nursyella Ahmad Kamaruddin, 23, atau lebih dikenali Syella yang mula menyanyi ketika berusia 15 tahun dengan album pertamanya Manis (2000), diikuti Pasti Kembali (2002) dan Jangan Tulis Namaku (2005).
Keperitan hidup yang dilalui oleh Syella bersama 14 lagi adik-beradiknya membuatkan anak gadis kepada pasangan Ahmad Kamaruddin Haji Awang Kecil, 55, dan Jamilah Nan, 45 tahun, berazam untuk berjaya dalam kerjaya seni dan merubah hidup keluarganya.
Walaupun impiannya tercapai dalam waktu yang agak lama, namun Syella tidak pernah mahu mengaku kalah, sebaliknya gadis manis ini sentiasa berusaha dan melakukan apa kerja yang halal bagi mendapatkan wang dan kemewahan.
“Sejak menceburi bidang seni hingga hari ini, Syella tidak jemu-jemu berusaha. Syella bukan setakat menyanyi malah Syella berniaga di gerai di samping membuka beberapa gerai lagi yang dikendalikan oleh kakak dan adik-beradik.
“Berbekal modal daripada duit menyanyi, Syella tidak pernah rasa malu berusaha dan berniaga gerai. Sedikit demi sedikit duit itu Syella kumpul hingga akhirnya Syella berjaya membuka salon kecantikan dan pengantin.
“Bukan sedikit keringat yang Syella curahkan untuk berjaya seperti hari ini tapi...sakitnya hati apabila ada yang menuduh semua kemewahan ini Syella dapat kerana menjadi perempuan simpanan pada orang kaya.
“Syella teruk-teruk bekerja ada ke patut mereka tuduh Syella ada sugar daddy? Itulah penyakit masyarakat kita, tak boleh tengok artis senang selalu dikaitkan dengan pandangan yang negatif. Buruk dan hina sangat ke menjadi artis atau penyanyi?
“Mereka tak tahu Syella tebalkan muka berniaga makanan di gerai. Bukan Syella sahaja, malah adik beradik yang lain turut berniaga,” luah Syella dengan perasaan marah kerana sehingga hari ini masih ada lagi yang memandang serong dengan kemewahannya.
Bagaimanapun Syella tidak menafikan tunangnya, Rusdi turut membantunya mengecap kemewahan hidup kerana mahu melihat statusnya sebagai artis dihormati.
“Sebagai tunang, Rusdi mahu hidup Syella lebih sempurna dan dia turut membantu Syella dalam bidang perniagaan kerana kami berkongsi dalam syarikat MRE Network. Rasanya tak salah kami berkongsi kemewahan atas usaha kami bersama.
“Hasil usaha kami itu, Rusdi bukan sahaja mempunyai studionya sendiri malah Syella juga dapat menambah modal untuk besarkan butik pengantin yang dikenali D’Syella Place Studio yang telah Syella usahakan hampir lima tahun di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur
“Bukan itu sahaja, malah Rusdi juga telah membina sebuah banglo mewah untuk kami di Sungai Long, Kajang sebagai persediaan sebelum kami bernikah,” kata Syella terus terang.
Menurut Syella, disamping mengumpul duit hasil daripada show dan berniaga, dia juga turut berlakon drama. Umi Umaira adalah antara telemovie yang pernah dilakonkan oleh Syella dan telahpun ditayangkan.
Disamping itu, Syella juga akan berlakon dalam sebuah filem terbitan MRE Network iaitu Eee Hantu yang akan diarahkan oleh Majed Salleh.
Dalam filem genre seram yang akan memulakan penggambaran awal tahun depan, Syella akan memegang watak pelajar yang cuba membantu rakan-rakannya yang dirasuk hantu.
Menurut Syella, walaupun kini dia menceburi bidang nyanyian dan berlakon disamping berniaga, namun tidak terlintas di hatinya untuk meninggalkan salah satu daripadanya.
“Selagi terdaya Syella akan teruskan. Kenapa harus Syella tinggalkan salah satu daripadanya setelah berusaha sekian lama. Lagipun pendapatan sebagai penyanyi terutama show, Syella dibayar antara RM10,000 hingga RM15,000 untuk sejam,” kata Syella.
Sepanjang fotografi dan interbiu itu, kelihatan Syella begitu mengambil berat dengan segala pergerakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun yang memanggilnya ‘mama’.
Pakaian dan apa juga perbuatan kanak-kanak perempuan itu sentiasa menjadi perhatian Syella yang memanggilnya ‘kakak.’
Tanpa ragu-ragu, apabila ditanya mengenai kanak-kanak perempuan itu, Syella memberitahu;
“Ini anak angkat Syella, namanya Nurulaini Sofia Loren dan umurnya lima tahun.
Setelah beberapa kali ditanya mengenai latar belakang kanak-kanak itu dan siapa ayah dan ibunya, akhirnya Syella membuka rahsia;
“Adik-beradik Syella kan ramai, disebabkan terlalu ramai ‘kakak’ menjadi rapat dengan Syella jadi sejak kecil Syella menjaga kakak dan hingga hari ini dia memanggil Syella, `mama.’
“Kakak adalah anak yang ke-14 dalam keluarga kami. Walaupun dia memanggil Syella, mama, tapi...sebenarnya kakak tahu dia adik Syella dan dia juga tahu emak dan ayah Syella adalah emak dan ayahnya juga.
“Cuma Syella membela `kakak’ dan dia menjadi teman Syella,” kata Syella yang kini menetap di rumah sewa sebuah apartmen mewah di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.
0 komentar:
Posting Komentar
give your comment here, please do not spam