Kamis, 16 Desember 2010

Gambar sekitar Masquarade Nite pada Hari Jadi Dafi






Bapa Dafi hanya akan tolong Dafi sekiranya Bangkrup

Menurut Datuk Ismail Sabri, dia mahu Dafi berdikari untuk merasai bagaimana susah untuk membina sebuah perniagaan menggunakan wang hasil titik peluh sendiri.

"Saya suka bila anak saya buat sesuatu atas usaha sendiri kerana saya juga dulu bukannya datang daripada keluarga yang senang. Jadi saya biarkan dan melihat dari jauh perniagaannya itu. Bila Dafi bankrap baru saya tolong.

"Apa-apa pun saya bangga kerana dia mula berfikir tentang perniagaan pada usia yang muda. Saya sendiri tidak sangka dia begitu cepat membuka sebuah syarikat.

"Bagus juga dia menceburkan diri dalam perniagaan. Jika mula berniaga awal, dan mungkin satu hari nanti gagal, sekurang-kurangnya dia ada masa untuk memulihkan syarikatnya itu.

"Saya harap dia bersungguh-sungguh dengan perniagaan barunya itu. Saya selalu berkata kepada Dafi supaya jadikan Norman KRU sebagai contoh kerana Norman berjaya dalam perniagaan kerana kreativiti yang dimiliki.

"Justeru, Dafi juga perlu kreatif dan mempunyai produk perniagaan lain daripada yang lain jika ingin berjaya," katanya pada majlis ulang tahun hari lahir Dafi yang ke 22 dan pelancaran LOLE bertemakan Masquarade Nite-The New Beginning, di sini, Selasa.

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ