Sabtu, 13 Agustus 2011

Mamat Sepah mahu Karam dilaut sekiranya Fida ada lelaki lain

Ye,skrg memang hot topic sal percintaan Mamat Sepah dan Fida...dengar pulak mamat sepah bercerita tentang hubungan mereka...serius sungguh sampai nak karam kat laut..pe kes?



Mamat:



“Ya, kami dalam tempoh mengenali satu sama lain. Bukan tidak mahu mengaku bercinta tapi lebih baik bersikap sederhana kerana risau sekiranya terjadi apa-apa memandangkan kami baru saja berkenalan. Saya percaya pada jodoh dan takdir, kalau ada jodoh, tidak akan ke mana,” ujar Mamat menyentuh tentang status hubungannya bersama bekas Juara Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007.


Mamat tanpa berselindung turut berkongsi ciri-ciri pada Fida yang membuatkan dia terpaut sayang pada sepupu penyanyi No.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.


“Walaupun karekter Fida dan saya berbeza, tapi terus terang saya senang berkawan dengannya. Pada pendapat saya Fida seorang yang tenang, baik dan cantik. Saya serius berkawan dengannya malah, sejak mengenalinya saya mula berubah kepada seorang yang lebih penyabar.,”akui Mamat ketika yang ditemui di Rakaman Melodi raya 2011.


Mengimbau semula momen sebuah siri prank show, ‘Bang Bang Boom” Julai lepas, di mana dalam rancangan tersebut Fida dikatakan bertunang dengan Azuan Azmi (pengacara Melodi). Mamat mengakui dia agak terkesima dan bengang sebaik mengetahui cerita tersebut pada mulanya.


“Seorang kawan menghubungi saya beritahu kisah sedih Fida yang dipaparkan dalam rancangan tersebut. Kawan saya kata, “Hati-hati dengan Fida, dia mungkin ada kekasih.” Perasaan ketika itu memang tidak dapat hendak digambarkan. Bayangkan ketika itu saya tengah shooting aksi terjun laut. Terasa geram sebab tidak tahu hujung pangkal cerita kan.”


“Walau hati tengah panas saya tetap terjun laut. Dalam laut itu saya fikir macam-macam siap berniat, “kalau betul Fida ada orang lain, biarlah aku karam di laut ni.” Tapi syukurlah saya tidak karam sebab saya pandai berenang,” kata Mamat dalam nada berseloroh.


Menyentuh tentang perancangan membawa Fida berjumpa dengan ahli keluarganya di Kulai, Johor. Mamat menyatakan dia bercadang untuk membawa Fida berjumpa dengan ahli keluarganya bila tiba masanya kelak.


“Kami berdua masih belum berjumpa keluarga kedua-dua belah pihak. Tapi saya memang bercadang untuk membawa dia bertemu keluarga saya bahkan saya sendiri ingin berjumpa dengan ayah Fida, untuk berkenalan dan meminta izin berkawan dengan anak dara orang,” jelas Mamat dengan girang.


Mamat sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan NurSyuhada atau Ada, vokalis kumpulan Rock Butterfly yang merupakan adik kepada Rody daripada kumpulan Kristal. Namun hubungan mereka putus di awal pembabitannya dalam program Maharaja Lawak. Manakala Fida sebelum ini turut pernah dikaitkan dengan beberapa orang artis lelaki termasuklah Zizan Raja Lawak.

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ