Sabtu, 13 Agustus 2011

Fida dan Mamat Sepah dah bercinta 6 bulan

Tak lama dulu,ada terdengar gossip-gossip kononnya mamat sepah nie bercinta dengan adik Rody Kristal yang seksi boleh tahan jugak orgnyer.Tak tahulah kesahihan cerita tue. Tapi kali nie sahihlah cerita Fida dan Mamat Sepah bercinta..



Fida nie comel dan sejuk mata memandang.Rupanya mereka nie dah bercinta 6 bulan...lama dah jugak...cuma baru-baru nie pasangan nie lebih terbuka berbicara soal hubungan mereka yang terjalin..





“Saya mula tertarik pada Mamat sejak melihat dia memberikan autograf dalam tulisan jawi kepada peminatnya sewaktu sama-sama mempromosikan filem “Man Sewel Datang Kl. Bagi saya itu sesuatu yang jarang berlaku”, “ujar Fida Ibrahim kala diminta berkongsi kisah bagaimana hatinya boleh terpaut sayang pada jejaka bernama Mamat daripada Kumpulan Sepah.




Ketika diminta bercerita lebih lanjut perihal Mamat di matanya, Fida menjawab, “Mamat ni memang kelakar tapi dalam masa yang sama manja, sensitif dan tegas orangnya. Tapi kadang-kadang, Mamat ada mengeluarkan lawak-lawak berbaur kasar yang membuatkan saya terkejut dan susah untuk terima. Apa pun kami masing-masing cuba terima dan belajar kelemahan dan kekurangan masing-masing.”


“Salah satu sebab lagi yang membuatkan saya jatuh hati padanya adalah sikap penyanyang dan mengutamakan keluarga. Selepas menjuarai pertandingan Maharaja Lawak, Sepah memang sibuk dengan aktiviti promosi dan latihan namun walau sesibuk manapun dia terlebih dahulu balik kampung meluangkan masa bersama keluarganya. Dari situ saya mula perasan yang Mamat seorang yang bertanggungjawab.” Jelas Fida sambil menguntum senyum.


0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ