Senin, 11 April 2011

Jimmy Shanley dan temubual kisah rumahtangga yang masih belum selesai

Imej terbaru Jimmy yang bermisai dan berjanggut membuatkannya nampak mcm pak arab je,dan lebih matang.

Kesian sensasi dengar tentang permasalahan rumahtangga Jimmy dan Isteri yang belum selesai.

Jimmy enggan melafazkan talak kerana mahukan anaknya.dan menurut temubual bersama Jimmy,Suhaila banyak bercerita dan berkongsi kisah dengan rakan baiknya sehingga Jimmy sakit jiwa dibuatnya.







Suhaila kini mencabar anda?

JIMMY SHANLEY: Saya masih menanti perbicaraan seterusnya pada 23 Mei nanti. Kalaulah ada keputusan, saya akan terima dengan hati terbuka.

Setakat ini, saya cuma berusaha yang terbaik. Ibarat orang sakit, takkan harus dibiarkan sahaja menunggu saat kematian, kena bawa berubat, perkahwinan juga begitu.

Siapa yang bersalah dalam soal ini?

Semua pihak bersalah. Saya mengaku salah saya dan saya buang segala keras kepala saya, tapi nampaknya dia masih pertahankan egonya.

Sampaikan pergi ke Mekah untuk mengerjakan umrah pun tak minta izin dengan saya. Pergi buat ibadat yang sunat tapi lupa kewajipan kepada suami.

Untuk apa simpan isteri yang sudah membuang Jimmy daripada hidupnya?

Sejak kecil saya impikan kasih sayang. Saya mahu hidup bahagia bersama isteri dan sekarang saya buat semua ini demi anak dalam kandungannya.

Saya terkilan sebab tak dapat pengalaman temankan isteri dan beli barang keperluan bayi dengan isteri. Semua kelengkapan bayi telah sedia.

Biarlah derita saya hanya sembilan bulan ini, tapi derita Suhaila akan berlarutan sepanjang hayat.

Maksudnya?

Saya mahu menjaga anak saya bila selamat dilahirkan nanti. Saya sudah fikir panjang sebab itulah saya tidak mahukan perceraian.

Saya mahu bahagia menjadi seorang bapa kalaupun tidak bahagia menjadi suami, tapi adakah Suhaila akan bahagia? Tolonglah berubah wahai Suhaila.

Sungguh memalukan, berkahwin 20 hari dan berpisah, jika berbaik, mungkin akan bergaduh lagi?

Biarlah saya malu berdepan masyarakat asalkan saya tidak malu dengan hukum Tuhan.

Rasanya, Jimmy sudah faham benar sejauh mana sikap isteri?

Sebab itulah ada tempoh berkawan, bercinta, bertunang dan berkahwin. Kini saya sudah masak perangainya. Dia berjanji macam-macam dan mahu berubah perangai selepas berkahwin, tetapi begini jadinya. Saya tidak akan putus asa.

Sikap mertua dalam soal ini?

Saya kagum dengan sikap mertua. Mereka sanggup bawa saya ‘berubat,’ jumpa mana-mana ustaz untuk dapatkan nasihat, bawa anak (Suhaila) ke Mekah untuk berdoa dan lembutkan hati. Saya sangat hormatkan keluarga mertua, mereka yang banyak sabarkan saya.

Adakah Suhaila ada lelaki lain?

Saya tidak tahu, setahu saya semua perkara hendak dikongsikan dan habiskan masa bersama teman ‘sehidup semati.’ Berkawan sampai lupa kepada suami. Sakit otak saya dibuatnya.

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ