Rabu, 27 April 2011

Sinopsis dan gambar disebalik tabir filem Seru

"Serukan Namaku, Bangkitkan Jasadku"..Tagline untuk filem arahan pertama Pierre Andre dan Woo Ming Jin.

Filem nie akan ditayangkan pada 28 April 2011,lagi esok jer..

Kalau korang nak tahu Yusry dengan Lisa tengok Filem nie la sampai berpegangan tangan gitu..uhu..Dari sumber yang boleh dipercayai,dengar cerita memang betul yusry dan Lisa kini tengah mengenali hati budi masing2. Even Edry sendiri memberitahu media,Yusry sibuk dengan kekasih barunya "L"....sape lagi kan yang nama start dr huruf L..

Lagipun Yusry sendiri tak menafikan yang dia bercinta dengan Lisa..ehem2..apepun semoga mereka bahagia..okey dah lari tajuk..


"Seru" mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran filem seram bertajuk "Jangan Bernafas". Semasa penggambaran berlangsung, secara tiba-tiba pelbagai kejadian aneh berlaku di luar jangkaan mereka. Pada mulanya, mereka menganggap ia hanyalah rasukan biasa. Namun seorang demi seorang menjadi sasaran rasukan dan pembunuhan. Ini menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal. Apakah yang bakal terjadi kepada kumpulan tersebut, mampukah mereka mengelak daripada dirasuk dan diburu? Nantikan kemunculannya di pawagam pada hari Khamis ini.

Pengarah sinematografi Wan Chung Hung
Pengarah Woo Ming Jin memberi arahan kepada pengarah sinematografi Wan Chung Hung

Proses untuk membuat solekan effect pada muka salah seorang para pelakon

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ