Minggu, 24 April 2011

Gambar-Gambar pertunangan Ashraf Muslim dan Noor Dayana

Tahniah diucapkan kepada pasangan tunang nie iaitu Ashraf Muslim dan Noor Dayana,..

Sensasi pasti ramai yang cemburukan Noor Dayana,dapat plak tunang hensem,beriman plak tue..cisss..Tapi inilah yang dinamakan jodoh.Semoga jodoh mereka berpanjangan dan ke jinjang pelamin.Tunang Ashraf Muslim ialah anak kepada Haji Lokman, yang merupakan tuan punya pusat perubatan Syifa Al Hidayah.

Majlis pertunangan Ashraf dan Dayana telah berlangsung di Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah, Gombak pada jam 9.45 pagi 23 April 2011. Stesen televisyen TV9 turut mengadakan lintas langsung bagi memberi peluang kepada peminat melihat bakal isteri pelakon itu. Majlis pada 23 April itu dimulakan dengan bacaan doa sebelum diteruskan dengan acara menyarung cincin. Ibu saudara Ashraf, Fatimah Azil menjadi wakil pihak lelaki bagi menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Dayana. Ini kerana ibu kepada pelakon ini sudah meninggal dunia.

Sebanyak tujuh dulang hantaran telah dihadiahkan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan. Pemberian ini dibalas dengan tujuh dulang. Antara barangan yang disertakan ialah set alat mekap, persalinan, sireh junjung, kek (dari Dayana) dan buah-buahan (dari Ashraf).

Pasangan ini bakal melangsungkan pernikahan di Tanah Suci Mekah pada 1 Syawal hadapan. Ashraf, Dayana dan sanak saudara akan berlepas ke Mekah pada 17 Ogos dan akan menghabiskan masa kira-kira dua minggu di sana.


gambar majlis pertunangan ashraf muslim

gambar majlis pertunangan ashraf muslim

gambar majlis pertunangan ashraf muslim

gambar majlis pertunangan ashraf muslim

gambar majlis pertunangan ashraf muslim

gambar majlis pertunangan ashraf muslim

gambar majlis pertunangan ashraf muslim

gambar majlis pertunangan ashraf muslim

gambar majlis pertunangan ashraf muslim

gambar majlis pertunangan ashraf muslim

gambar majlis pertunangan ashraf muslim

gambar majlis pertunangan ashraf muslim



gambar tunang ashraf muslim

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ