Senin, 11 April 2011

Maria Farida dan Aaron Aziz dalam filem Datin Ghairah



Dengar nama Filem pun macam over je.Fiem Datin Ghairah ini bakal dilakonkan oleh Maria Farida sebagai watak utama dan Aaron Aziz sebagai hero.

Filem nie bergenre komedi,namun dari trailer yang sensasi tengok dengan gelek2 Maria Farida tue,nampak sangat Filem nie cuma mempromosikan dengan mengeksploitasikan keseksian Maria Farida,dan nama Filem ppun dah terjerumus ke arah publisiti Murahan.

Bagi peminat Filem tanahair yang sukakan komedi santai dan tak semak kepala,bolehlah enjoy Filem nie,yang bakal ditayangkan tak lama lagi..Tarikh sebenar belum diketahui..

Sebenarnya dalam Filem nie,Maria Farida tue yang namanya Datin Ghairiah..






"Saya rasa, penonton mungkin akan mengkritik cara pemakaian saya dalam filem tersebut. Tapi, saya tidak rasa ia terlalu 'over'. Nak kata saya seksi sangat pun, tidak lah juga. Orang dulu-dulu rasanya lebih 'daring' daripada orang sekarang, tetapi tidak pula diperkatakan. Bagi saya, janganlah menghukum terlalu awal dan asyik cari kesalahan orang saja. Tengoklah pula jalan ceritanya macam mana. Lagipun, ini adalah filem komedi dan sejujurnya, saya tidak rasa ia melampau," katanya.

Mengulas lanjut tentang filem tersebut, ujar Maria, dia langsung tidak mempunyai masalah untuk menerima tawaran membintangi filem tersebut kerana begitu teruja untuk bekerja di bawah arahan Sabree.

"Itu adalah sebab utama saya terima, selain kerana selesa bekerja dengan produksi De Baron Sdn Bhd yang menerbitkan filem ini. Apatah lagi saya juga berpeluang bergandingan dengan hero pujaan ramai, Aaron Aziz. Memandangkan saya sendiri sudah lama tidak memegang watak utama di dalam filem setelah Bisikan Cinta pada tahun 1995, saya rasa peluang seperti ini tidak patut saya sia-siakan," katanya lagi.

Filem ini berkisarkan tentang seorang datin bernama Gairiah yang mewarisi harta yang banyak setelah kematian suaminya. Kehidupannya yang kaya-raya membuatkan ramai lelaki ingin mendekatinya. Datin Gairiah bagaimanapun jatuh hati dengan guru tusyen anaknya lakonan Aaron Aziz.

"Karektor saya bukan saja seksi, tetapi seorang yang moden, bergaya dan penggoda. Dari segi watak, rasanya tidak terlalu sukar buat saya kerana saya memang sudah biasa dengan watak-watak seksi seperti ini. Apa yang pasti, filem ini memang menyeronokkan. Nantikanlah saja tayangannya tahun depan, ye," tutur Maria dalam nada ceria.

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ