Jumat, 05 Agustus 2011

Ally Iskandar putus tunang dengan Nur Aishah kerana hilang keserasian untuk hidup bersama

Ally Iskandar Mohd Mardzi, 35 tahun mengakui telah memutuskan hubungan pertunangan yang terjalin antara dirinya dengan naib juara rancangan Gadis Melayu, Nur Aishah Zainal, 26, pada 30 Julai yang lalu.

Ally Iskandar juga mengakui telah menghantar wakil keluarganya ke rumah Nur Azura di Ampang , Selangor pada tarikh berkenaan untuk memutuskan hubungan itu mengikut adat setelah seminggu mereka berbincang bersama keluarga masing-masing.

Menjelaskan tiada keserasian dalam diri mereka menjadi punca utama perpisahan ini berlaku, Ally juga menafikan ada sebarang pergaduhan besar antara mereka berdua sepanjang lima bulan bertunang.

ally iskandar putus tunang


"Wakil keluarga saya telah berjumpa dengan keluarga Azura pada 30 Julai lalu untuk memutuskan hubungan ini mengikut adat dan keputusan ini dibuat setelah kami berdua berbincang terlebih dahulu.

"Dalam tempoh pertunangan ini berlangsung, tiada keserasian di antara kami untuk menyelaraskan kehidupan, kerja dan sebagainya. Ia dapat dilihat secara berperingkat, yang mana jalan yang kami tuju semakin lama semakin tidak kelihatan. Kami pernah cuba untuk menyelesaikan masalah ini, namun tiada jalan penyelesaian.

"Keputusan ini memang sangat berat sekali, apatah lagi kami pernah membayangkan kehidupan berumah tangga bersama. Ini dugaan besar buat saya,"j elas Ally yang menafikan punca keretakkan hubungan mereka berikutan daripada kekangan masa mereka berdua.

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ