Jumat, 05 Agustus 2011

Scarlett Johansson sudah bersedia timang anak dan kejar Ryan Reynolds semula

Selepas dilihat makan malam bersama beberapa kali, ramai yang membuat spekulasi bahawa pelakon "Green Lantern", Ryan Reynolds dan bekas isterinya, Scarlett Johansson sudah kembali bersama.

gambar kenangan semasa mereka bersama...beza betul ketinggian Scrlett dengan Ryan

selebriti pun pakai selekeh jugak kdg2..

Malah menurut laporan Us Weekly, pelakon seksi itu tekad untuk mendapatkan Ryan semula. Sumber memberitahu, "Dia asyik menelefon untuk bertemu dengannya dan bertanya khabar."

Malah Scarlett dikatakan sudah bersedia untuk menimang cahaya mata. Kata sumber lain kepada majalah Star, "Dia akan melakukan segala yang mungkin untuk Ryan menerimanya semula. Jika sebelum ini Scarlett tidak mahu mempunyai anak, kini dia telah menukar fikiran."

Walaupun masih mencintai bekas isterinya, teman rapat kepada dua pelakon terkenal ini memberitahu Ryan tidak bercadang untuk kembali bersama dalam masa yang terdekat ini.

TAJAM... Pandangan Ryan Reynolds dan
Sandra Bullock ketika tayangan perdana
"The Change-Up" baru-baru ini.

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ