Rabu, 18 Mei 2011

Sheera Iskandar dipukul dan dibelasah Kekasih

apa nak jadi,lelaki zaman skrg dah 'ramai' yang mula pandai dan berani naik kaki tangan kat kekasih...itu belum bergelar isteri dah buat mcm2...masih lagi ke nak kawen dgn lelaki yang mcm nieeee?

Cerita nie cuma khabar angin yang kedengaran dikalangan wartawan.Mungkin betul,mungkin tidak..jom baca cerita si Raja tentang kes pukul Sheera Iskandar


Raja terkedu mendengar cerita kurang enak mengenai Sheera dan kekasihnya, baru-baru ini. Kalau daripada mulut orang lain, mungkin Raja tidak percaya dan menganggapnya fitnah yang mahu mengucar kacirkan hubungan mereka tetapi apabila Sheera sendiri membuka mulut meluahkan keluh kesah hatinya yang sering dibelasah oleh buat hatinya itu, Raja memang terkedu.

Bagaimanapun, Raja tidak mahu percaya seratus peratus selagi tidak mendengar daripada mulut empunya diri.

Khabarnya, teruk juga Sheera dibelasah, dia ditendang, ditampar dan dipukul bertalu-talu, tetapi mujurlah tidak cedera teruk. Mukanya lebam dan perutnya sakit, betul ke Sheera? Ini khabar yang Raja dengar. Kejadian berlaku di sebuah tempat letak kereta di ibu kota hinggakan Sheera terpaksa dikejarkan ke sebuah klinik berdekatan.

Raja dengar kejadian pukul memukul bukanlah perkara baru, malah Sheera kerap kali kena bantai hingga kaki naik ke muka. Iye ke, takkan sampai macam tu... kalau cerita ini betul, Raja berharap Sheera mahupun kekasihnya tidak berkecil hati dengan pendedahan ini.

Malah, Sheera boleh buat laporan polis kerana diri dicederakan secara fizikal. Raja bukannya mahu memalukan mereka, sebaliknya Raja mahu mereka sedar bergaduh di khalayak ramai hingga ada mata yang memerhati mengundang pandangan tidak manis, apatah lagi membabitkan Sheera, seorang pelakon yang sedang meningkat naik.

Pasangan kekasih mana yang tidak bergaduh, malah suami isteri pun tidak terlepas daripada pergaduhan besar tetapi janganlah sampai naik kaki tangan dan mencederakan. Kalau pun cemburu menjadi penyebab, tahanlah api kemarahan. Sheera dan kekasihnya dah lama berkawan, dah tentu kenal hati budi.

Raja dengar mereka juga merancang mahu mendirikan rumah tangga, jadi jangan sampai angan-angan tak jadi kenyataan

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ