Senin, 24 Januari 2011

Fasha Sandha dan Jejai putus Cinta..& Fasha minta maaf kepada kawan bagi pihak ibunya

Sebelum ini ada desas desus mengatakan yang Fasha Sandha berpisah dengan Jejai kerana tidak tahan dengan Jejai yang sering dikaitkan dengan Nora Danish.

Fasha merajuk apabila Jejai pergi bercuti ke Jepun bersama Nora Danish,Anak sulung mereka Rayqal dan keluarga Jejai.Pada mulanya Jejai dikatakan berjanji dnegan Fasha tidak akan join vacation yang diaturkan oleh keluarga nya itu yang mahu membawa Nora Danish sekali bagi meraikan hari lahir Rayqal di Jepun.

Namun Nora Danish dikatakan taknak ikut pergi ke Jepun sekali kalau Jejai tak ikut sama.Jadi Jejai pun ikut la mereka semua ke jepun.Fasha pula membawa diri bersama rakan-rakan karibnya ke Bali meraikan tahun baru dengan kontroversi memakai bikini.

Gambar bikini Fasha tue di upload oleh rakan baiknya Syazwani dalam Facebook sehingga menyebabkan nama Fasha sekali lagi terpalit kontroversi yang memburukkan lagi namanya.

Ibu Fasha Sandha membuat kenyataan memarahi Syazwani yang seolah-olah tidak menjaga air muka Fasha dengan sengaja mengupload gambar peribadi beliau sehingga membuatkan Syazwani terasa hati.Fasha Sandha memohon maaf bagi pihak ibunya namun dia faham hati ibunya terguris mendengar tohmahan org terhadap anak gadisnya,dan Fasha pun faham rakan baiknya itu tak sengaja terupload gambar bikini.huhu


Berbalik kisah Jejai dan Fasha,ada rakan wartawan yang menyampaikan cerita bahawa mereka nie memang dah putus cinta kerana kononnya Jejai angkat kaki kerana tak tahan dengan sikap Fasha yang dikatakan kuat mengamok kerana cemburu.

Sensasi tak pastila betul ke tak.maklumlah dulu Jejai yang tergila kan Fasha.takkan tiba-tiba bila Fasha cemburu dia nak tinggalkan Fasha pulak.

Namun kenyataan Fasha baru-baru nie bercanggah,kata Fasha dia dan Jejai masih pasangan kekasih.

Mungkin hanya perbalahan kecil je kot..

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ