Rabu, 12 Januari 2011

Fasha Sandha hilang 2 hari selepas meminta maaf Isu bikini



Tak tahu apa punca sebenar Fasha Sandha mengelak diri dan tidak pulang ke rumah selama 2 hari,adakah disebabkan kontroversi bikini yang kecoh tempoh hari?

Disebabkan tidak mahu membuat penampilan umum, Fasha membatalkan kehadirannya ke Pertunjukan Fesyen Cheongsam Green anjuran gedung beli-belah The Weld di sini pada saat-saat akhir semalam.

Tindakannya itu menyebabkan pereka terkenal, Hazree Wahid, 29, terpaksa menarik diri daripada majlis itu kerana busana Cheongsam yang dicipta khas untuk diperagakan oleh Fasha tidak dapat dipertontonkan.

Dia kecewa dengan sikap tidak profesional Fasha yang dianggapnya mementingkan diri sendiri.

“Dia (Fasha) sepatutnya menggayakan busana saya yang direka khas mengikut ukuran badan dia tetapi malangnya pada pukul 10 pagi tadi (semalam), dia beritahu tidak dapat hadir kerana ada hal lain.

Tapi Sensasi hairan jugakla,kalau pun Fasha takde takkan sampai perlu menarik diri dari Majlis tue,Model lain kan boleh menggayakan busana Cheong Sam tue jugak.

Apa pun,Fasha selama nie terkenal dengan sikap disiplin sehingga dia sering menjadi pilihan pengarah walaupun penuh kontroversi.

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ