Selasa, 25 Januari 2011

Jejai sahkan putus cinta dengan Fasha Sandha

Kisah Cinta penuh kontroversi Jejai dan Fasha Sandha berakhir setelah Jejai sendiri mengesahkan perpisahan mereka.

Tak tahulah nak kata salah siapa.tapi kita pun boleh nampak dalam situasi percintaan Fasha dan Jejai nie ,Fasha pastinya banyak makan hati apabila keluarga Jejai sendiri seolah-olah memulaukannya dan dengan sengaja menunjukkan kemesraan dengan bekas menantu mereka.Hati perempuan mana yang kebal dan tak terguris kalau hubungan mcm tue kan.

Hidup mereka dibayangi Nora Danish walaupun menurut Jejai Nora bukan org ketiga dalam hubungan mereka.Jadi adakah org tua Jejai org ketiga?

Nak salahkan Org tua Jejai pun x boleh sebab maklumlah,mereka sangat sayangkan cucu mereka Rayqal dan sayangkan Nora Danish.

Sebelum nie,bukan main lagi pelbagai cerita yang disajikan kononnya Jejai sangat tergilakan Fasha,sampai dah kene reject byk kali pun masih terkejar2.Ibu bapa Jejai dan Ibu Fasha tak restu tapi Jejai tetap nak dgn Fasha,tp bila dah sah bercinta boleh putus pulak.

Apa pun ada sumber yang mengatakan bahawa perpisahan mereka ini hanyalah sementara untuk memulihkan ketegangan dalam hubungan mereka.

Bagi sensasi senang je,kalau ada jodoh adalah tue,kalau takda buat mcm mana pun tetap takda jodoh,jadi percaya lah pada Qada dan Qadar tuhan,

Jejai walaupun tak hensem tetap rasanya tak susah nak dapat awek baru,mesti ramai awek yg suka .huhu..tapi kena la rasa berkongsi kasih mertua dengan Nora Danish.hehe


“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.

Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.

Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.

Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.

“Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.

“Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya.

Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan.

“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.

Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu.

0 komentar:

Poskan Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ