Rabu, 02 Maret 2011

Pembikinan Filem Hikayat Merong Mahawangsa buat Yusry rasa nak muntah



Lagi beberapa hari lagi Filem Epik terhebat yang dihasilkan di Malaysia iaitu Hikayat Merong Mahawangsa bakal ditayangkan.

Filem ini mengambil masa yang lama untuk disiapkan.Sensasi rasa pasti ramai yang berminat nak tengok filem nie..Sensasi pun plan nak tengok apa bagaimana hasil kerja Filem Epik arahan Yusry KRU.







“Bayangkan, untuk pra-produksi sahaja ia mengambil masa setahun dengan pencarian kostum, barang-barang penggambaran (prop) dan pembinaan set termasuklah kapal.

“Memang rasa macam nak ‘muntah’ dibuatnya lebih-lebih lagi ketika penggambaran filem ini berlangsung. Waktu itu rasa dah tak boleh nak terima.

“Penggambaran dibuat selama 52 hari bermula 9 Jun 2009 hingga 8 Ogos 2009. Memang jangka masa penggambarannya juga agak lama. Mungkin kerana tenaga mental dan fizikal saya sudah habis dikerah, membuatkan saya rasa tak larat.

“Tidak cukup dengan itu, pada pasca produksi pula, ia mengambil masa selama setahun. Memang ia sangat meletihkan dan saya harap tenaga dan kreativiti yang dikeluarkan itu dapat dinikmati oleh penggemar-penggemar filem tempatan termasuklah antarabangsa.

“Bagaimanapun, mungkin Hikayat Merong Mahawangsa ini merupakan filem epik terakhir saya arahkan,” ujarnya.

Dalam filem tersebut, Yusry turut menggunakan kepakarannya dalam teknik imej janaan komputer (CGI) untuk menghasilkan latar belakang berkonsepkan sejarah serta latar fizikal yang hanya terdiri daripada empat buah kapal, perkampungan Melayu pada abad kedua, pelabuhan kapal, set penggambaran istana di Rom, China dan juga pelabuhan Goa di India.

“Walaupun sudah biasa dengan teknik CGI, filem ini memberi sedikit cabaran kepada saya apabila sebanyak 3,000 syot yang memerlukan teknik tersebut.

“Saya beruntung kerana mempunyai 12 orang pembantu dalam menghasilkan CGI seperti yang dikehendaki. Setakat ini mereka dilatih di bawah saya,” tuturnya.


Sedikit kecewa buat pengarah muda ini, pembelian prop pelbagai jenis senjata daripada pelbagai negara untuk kegunaan filem mitos itu terpaksa dilupuskan atas arahan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Ketika dalam pra-produksi, saya sudah mula mereka kostum dan ada sesetengahnya saya beli, begitu juga dengan peralatan senjata-senjata yang diperlukan dalam Merong.

“Peralatan senjata yang dibeli daripada pelbagai negara seperti pedang merupakan senjata yang asli dan jika diasah, ia mampu mencederakan orang lain.

“Justeru itu pihak KDN mengarahkan pihak kami untuk menghapuskan kesemua senjata yang berbahaya selepas tamat penggambaran.

“Memang agak sedih dan kecewa apabila terpaksa melakukannya kerana saya sanggup menghabiskan sebanyak RM1,200 untuk sebilah pedang dan saya membelinya dengan jumlah yang banyak,” katanya.



Filem ini akan ditayangkan ke 72 buah negara di bawah syarikat pengedaran filem antarabangsa, Epic Pictures, dari Amerika Syarikat (AS), dengan menggunakan judul The Malay Chronicles: Bloodlines.

Sebelum ini, KRU Studios mengambil langkah pertama untuk memasarkan filem Hikayat Merong Mahawangsa ke seluruh dunia dengan menandatangani perjanjian persefahaman dengan Universal Pictures International Entertainment Ltd untuk hak pengedaran di Amerika Utara.

0 komentar:

Poskan Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ