Senin, 13 Juni 2011

Cikgu Shida dulu miming,sekarang berlakon untuk drama Astro

Kalau dulu Cikgu Shida terkenal dengan Video miming,sehingga mendapat hits 2 juta.
Ada yang suka,ada yang terhibur dan tak kurang juga yang meluat.adatlah dalam hidup bukan semua orang suka.

Kerana berani menjadi "gila-gila" dalam youtube, Cikgu Shida diberi peluang untuk berlakon Drama yang bertajuk www.cikgushida.com arahan Isqandar Jebat.

Gelagat kelakar dan penampilan bersahaja Cikgu Shida yang melakonkan pelbagai watak ketika sesi penggambaran turut ‘memecahkan perut’ kru hingga terpaksa dihentikan buat seketika.

Telemovie WWW.Cikgu Shida.Com menampilkan pelbagai watak Cikgu Shida bermula daripada penarik kereta, gadis kampung cantik, menjadi bomoh serta ketua kampung, bakal menemui penonton untuk tayangan Aidilfitri tahun ini melalui saluran Astro.

Cikgu shida senorok dapat berlakon walaupun penat.


“Mana tak penatnya, kadangkala ‘shooting’ (penggambaran) habis jam 3 pagi. Besok ‘scene’ (babak) baru kena hafal dialog lagi.


“Mujur tuan director (pengarah) orangnya baik... asyik-asyik ‘cut’ (potong). Mungkin dia tak tahan melihat aksi (kelakar) saya,” katanya menceritakan detik awal babak pertama menjadi penarik kereta.

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ