Kamis, 30 Juni 2011

Kes Saman fitnah Lisdawati terhadap Nadia Mustafar diarahkan tarik balik

Pelik juga,hari tue katanya dah menang dalam kes saman Fitnah yang dikemukakan oleh Lisdawati dengan peguam Karpal singh terhadap Nadia Mustafar,dimana Nadia Mustafar diarahkan membayar gantirugi sebanyak RM250,000 kepada Nisdawati..

Tup-tup skrg nie ceritanya Mahkamah mengarahkan Lisdawati menarik balik saman tersebut.mm mana benda yang dah jatuh hukum boleh ditarik balik...oh ya,mungkin Nadia membuat rayuan semula..

Jadi nampaknya memang bernasib baiklah Nadia Mustafar kerana akhirnya dia tak perlu membayar RM250k tue...
Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen di sini semalam mengarahkan pelakon Lisdawati supaya menarik balik saman fitnah terhadap aktres Nadia Mustafar kerana tuntutan itu didapati melebihi bidang kuasa mahkamah.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Yong Sazali ketika pengurusan kes saman itu dengan kehadiran peguam plaintif, Lisdawati, daripada firma guaman Tetuan Karpal Singh & Co. dan peguam Siti Noor Julaini Mohd. Shahar bagi pihak Nadia yang dinamakan sebagai defendan.

Dalam writ saman yang difailkan pada 21 April tahun lalu, Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 33, menamakan Siti Naziyah Sheikh Mustafar, 35, atau lebih dikenali sebagai Nadia Mustapha sebagai defendan.

Mengikut pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa pada sekitar Januari 2005, defendan dengan niat jahat memberi wawancara yang didakwa memfitnah dirinya kepada wartawan sebuah majalah hiburan bernama Hanif Abdul Ghani.

Wawancara tersebut disiarkan dalam majalah Media Hiburan bertarikh 8 hingga 14 Januari 2005

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ