Rabu, 22 Juni 2011

Raja Azmi mahu saman Jawi kerana kes Khalwat


Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman, 51, tidak teragak-agak untuk menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sekiranya keputusan kes khalwat yang membabitkan dirinya dan Muhammad Roslin Hashim, 39, berterusan ditangguhkan.

Katanya, keadaan itu menyebabkan dia mengalami trauma selain terpaksa menanggung malu atas perkara dia tidak melakukannya.

"Jika sampai sekarang belum ada keputusan sehingga beberapa kali ditangguhkan, hidup saya terus menjadi tidak tenteram.

"Pihak Jawi sengaja melengahkan siasatan malah perkara (dakwaan khalwat) itu sebenarnya telah berlaku lebih setahun lalu," kata Raja Azmi ketika dihubungi di sini semalam.

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ