Selasa, 14 Desember 2010

Faezah Elai nak pasang peguam,Azad buat kenyataan di Melodi



Kes Faezah Elai satu hal lagi. Tak cukup dengan kenyataan bahawa senario hiburan itu 'busuk', tambah pula dengan gosip baru kononnya sedang bercinta dengan pengarah drama, Haikal Haniffa, sampaikan ada individu mendakwa, isteri si Haikal menghubungi bekas teman lelaki Faezah, Azad Jazmin untuk mengetahui cerita sebenar. Itu kisah minggu lepas.

Ini pula perkembangan terbaru tentang perbalahan Faezah dan Azad. Tak cukup dengan laporan polis, maklumat baru pula mengatakan Faezah sebenarnya sudah ketuk pintu bilik peguam.

Makin menjadi-jadi pula. Kononnya Faezah nak pasang peguam kasi amaran bertulis supaya Azad berhenti 'duk berteriak' begitu-begini lagi.


Faezah Elai berkata bahawa Azad Jazmin merupakan dalang utama yang menyebarkan gosip cinta antara dia & Heykal Hanafiah.

Dalam akhbar, Faezah Elai berkata bahawa baru-baru ini Azad ada menghubunginya dan menyebabkan azad berang.

“Tetapi, si perempuan ni baru-baru ini ada claim dalam paper bahawa saya telefon dia. Bila masa aku telefon hang? Hang tunjuk bukti kat aku bahawa aku yang telefon hang? Sudahlah hang menghancuqkan rumahtangga orang, lepas tu hang tukar fakta pulak. Hang ingat ini global? Aku pulak yang buat cerita pasal si isteri ini? ” balas Azad sinis, bengang.

Sambung Azad lagi, “Hang ni orang kampung aku, malulah sikit! Aku orang Penang, hang pun orang Penang. Hang pi tanya satu Penang, siapa kedai aku, siapa kedai hang? Jangan ganggu harimau yang sedang tidoq. Tapi hang dah ganggu!”

“Pom Pang Pom Pang bagi bimbang, buat apa? Jangan buat kacau kat sini, hang buat kacau isteri orang!”


Faezah Elai & Azad bercinta

“Pasal cerita ni saya nak bagi clear lah. Saya & Faezah ni, saya memang tak pernah bercinta dengan perempuan ni. Bila masa saya bercinta dengan dia? Cuma kami pernah berkawan rapat, sebab kami datang daripada satu syarikat yang sama. So, la ni kami dah takda company tu dah. Bila masa aku berkawan dengan hang?”

“Dalam paper, dia dok cakap saya bekas kekasih dia. Kalau tak bercinta, macam mana boleh jadi bekas kekasih? ”

Azad dalang penceraian


“Pasal hal penceraian, itu yang dah di-explain oleh si isteri ni.”

Kemudian, Azad membaca keratan akhbar yang mengandungi keterangan si isteri ini. “Punca keretakan rumah tangga kami bermula daripada F-A-E-Z-A-H, Faezah!”

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ