Minggu, 26 Desember 2010

Saluran Astro Percuma "Astro fiesta" ,Hadiah tahun baru


14 buah program, selama 7 hari melalui 1 saluran percuma untuk tempoh terhad, itulah ganjaran yang di berikan oleh pihak Astro kepada pelanggan setia sempena menyambut perayaan akhir tahun dan tahun baru yang akan menjelang tidak lama lagi. Pihak Astro menghadiahkan Astro Fiesta (Saluran 110) yang akan bersiaran dari 27 Disember 2010 hingga 2 Januari 2011.

Astro Fiesta akan memberikan kelebihan kepada semua jenis pelanggan apabila pelbagai program Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil yang terpilih akan disediakan dalam definisi biasa dan tinggi untuk kelebihan para pelanggan Astro Byond.

Antara program menarik yang akan disajikan adalah telefilem dan filem "Rendang Tok Wan," "New Police Story", "Shinjuku Incident", "Raavanan", "Sivaji The Boss" dan "3 Idiots". Siri konsert dari antarabangsa dan tempatan oleh artis - artis ternama seperti konsert "Shiela Majid - 25 Years At The Top With MPO," "MTV World Stage: Live In Malaysia", "Kim Jeong -Eun's Chocolate Konsert", "Hit Man: David Foster and Friends", "Josh Gorban Awake Live", "Michael Buble Caught In The Act," "Andre Rieu at Schonbrunn Vienna" dan "Girls Aloud Tangled Up Live 2008".

Jangan Lupa untuk saksikankan rancangan - rancangan menarik bagi menambahkan kerancakkan musim perayaan anda semua. Kepada siapa yang belum mempunyai Astro di rumah itu, cepat-cepat pasang supaya tidak terlepas menyaksikan artis pujaan anda beraksi.

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ