Senin, 20 Desember 2010

Paramore Berpecah

Ok tajuk kat atas tue takla betul..ceritanya mcm nie...

Adik-beradik Farro, pemain gitar Josh dan pemain dram Zac telah meninggalkan Paramore, sebuah band pop-punk berasal dari Franklin, Tennessee, Amerika Syarikat.

Pengumuman ini telah dibuat sendiri di laman web rasmi Paramore oleh tiga lagi ahli kumpulannya iaitu Hayley Williams, Jeremy Davis dan Taylor York. Mereka menerangkan kedua beradik ini telah memberitahu mereka akan meninggalkan Paramore beberapa bulan lalu.

"Josh dan Zac telah memberitahu kami bahawa mereka akan meninggalkan band ini selepas persembahan kami di Orlando pada 12 Disember. Tidak ada di antara kami yang terkejut dengan keputusan tersebut. Semenjak tahun lalu, mereka kelihatan seperti tidak ingin bersama band ini."

Tambah mereka lagi: "Kami inginkan Josh dan Zac melakukan apa yang boleh membuatkan mereka gembira dan jika ia bermakna bukan bersama kami, maka kami akan menyokong mereka mencari kegembiraan tersebut di tempat lain."

Walaubagaimanapun Paramore meneruskan dengan kenyataan berikut:

"Kami tak pernah terfikir untuk meninggalkan Paramore.Kami berharap dapat meyakinkan anda semua bahawa kami bertiga akan tetap bersama Paramore dan mneneruskan perjuangan ini bersama sampai bila-bila"


0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ