Senin, 27 Desember 2010

Lagi Fesyen Red Carpet Selebriti di Anugerah Skrin 2010

Seronok tengok Fesyen artis kita,ada yang cantik,ada yang pelik..ada jugak yang nampak disaster :P

Sorry to say tapi sensasi tengok Fesyen baju Abby sangat disaster especially bila baju nyer nampak kedut seribu dan mcm baju tidur kelawar..zzz

Mizz Nina anggun dengan gaun pendek koleksi terbaru dari Giorgio Armani manakala Noh pula segak dengan sut dari rekaan yang sama. Difahamkan, pakaian mereka diterbangkan khas dari Amerika Syarikat dua hari sebelum malam kemuncak ASK 2010 berlangsung. Kasut yang dipakai Noh pula dari jemana Prada. Amboi, bertuah sungguh Noh dapat Mizz Nina. Pandai Mizz Nina jaga penampilan Noh.

Kemunculan Nasha sentiasa menyegarkan. Tubuhnya yang lampai dan ramping sesuai sungguh dengan gaun yang dipadankan tetapi jika rambut beliau didandan tinggi, mungkin lebih menyerlah. Corak pada busana birunya cukup menyerlahkan keunikan pada gaun tersebut. Warna garang kena dengan penampilan Nasha yang sentiasa mencuri perhatian.

Diana Danielle memang pandai bergaya ringkas, jelita dan anggun. Diana bijak berfesyen dan pastinya akan muncul dengan gaya yang bersesuaian untuk majlis penganugerahan berprestij seperti ASK.

Ingatkan Lady Gaga tadi rupa-rupanya pengacara Diari Pilih Kasih 2 iaitu Eisha. Jika kesan Lady GAGA yang ingin ditampilkan Konsep futuristik yang digayakan Eisha ini merupakan rekaan dari Ridzman. Eisha juga mencuri perhatian umum dengan fesyen kasutnya yang berlainan. motif beliau mengenakan kasut berlainan?

Irma tampil ala-ala ikan duyung dengan menggayakan gaun labuh rekaan Ezuwan Ismail. Gaun bewarna biru yang direka seperti sisik ikan ini turut dihiaskan dengan labuci berlian bagi menyerlahkan lagi bahagian sisik tersebut. Walaupun gaun ini ada iras gaun Miley Cyrus ketika menghadiri anugerah Grammy di Hollywood, namun kemasannya menarik.

Atilia tentu sekali tidak sejuk di dalam dewan setelah membuat keputusan untuk membalut diri dengan selimut kuning. Walaubagaimanapun, Atilia tetap nampak comel dengan hairband yang digayakan.

Cuba teka berapa jenis fabrik yang digunakan pereka untuk rekaan ini? Renda di bahagian dada, mungkin jersey di bahagian tengah, chiffon di bahagian pinggul ke lutut, ropol di bahagian lutut ke bawah.

Abby sibuk sangat ke sampai terlupa nak gosok baju? Ketat di dada dan gelobos di pinggul dan ke bawah. Ditambah dengan dandanan rambut yang membuatkan Abby kelihatan matang daripada usia, Abby betul-betul hilang sense of fashion malam itu.

Gaun labuh rekaan Wan Pa ini nampak sarat apabila menggabungkan fabrik jenis lycra yang disaluti glitters dengan rekaan berbentuk anyaman.

Ramai yang tidak perasan wanita yang bergaya ala-ala klasik English ini adalah pelakon Jue Aziz. Jue memakai pakaian bertunang dengan rambut palsu circa awal 30-an. Dengan wig pendek warna blonde, ingatkan golongan bangsawan manalah yang datang ke ASK 2010. Gaun seksi berwarna krim dan pink ini merupakan rekaan dari butik Linda Rahim.

Fauziah kelihatan anggun di malam itu dengan aksesori yang ringkas.

Dramatis ini hadir menggayakan kaftan chiffon rekaan Melvin Lan. Sekali pandang macam Cobra pun ada. Topi manik dan labuci ilham Wan Nor Azlin ini nampak tak sesuai dengan pakaian yang digayakan.

Walaupun bertudung, namun ia tidak menghalang penerbit serta pelakon ini untuk tampil cantik di karpet merah. Mengekalkan imej muslimah, Sheila hadir mengenakan kaftan berwarna kelabu dengan perincian bunga-bunga kecil di bahagian atas. Jinggo pula tampil ringkas dengan baju kemeja berwarna sedondon.

Pelakon Awan Dania ini memperagakan gaun panjang dari rekaan Wan Pa. Manakala aksesori yang digayakan adalah dari koleksi Rafflesia. Pakaian Scha agak simple membuatkan gincu merah menyala di bibir lebih menyerlah dari pakaiannya sendiri.

Pelakon yang baru keluar dengan album ini tampil dengan rekaan pereka terkenal, Amir Luqman. Gaun pendek off-shoulder yang merupakan kombinasi dari kain chiffon dan sari ini membuatkan Nadia nampak unik di red carpet ASK 2010. Nadia jalan dengan Ungku Ismail di Red Carpet, Zarina tak cemburu ke?

Pelakon drama Nur Kasih ini tampil menggayakan gaun labuh berwarna biru dan hitam rekaan Alia Bastamam. Walaupun nampak ringkas pada malam itu tanpa sebarang aksesori, namun solekan ‘smokey eyes’ membuatkan gadis ini nampak lebih menyerlah pada malam itu.

Ibu dan anak dalam siri Ada Maya ini mencuri perhatian pengunjung di PWTC dengan gaun labuh bewarna merah rekaan Ezuwan Ismail. Kedua-dua mereka nampak comel dan menyerlah

Penampilan ringkas Aaron tidak sesuai untuk majlis anugerah seperti ASK. Pengalamannya dalam bidang peragawan sepatutnya dipergunakan sepenuhnya untuk bergaya pada malam tersebut. Lebih-lebih lagi Aaron merupakan salah seorang pemenang pada malam itu. Gaya ringkasnya persis seorang pegawai bank. Mujur apa saja yang dikenakan Aaron tidak mencacatkan kekacakannya.

Gaun yang dikenakan Erra Fazira seakan-akan aiskrim Paddle Pop. Warna yang dipilih itu hanya sesuai untuk gaun kanak-kanak. Erra harus membuat pilihan untuk memilih jingga, biru atau hijau bukan ketiga-tiganya.

Berilah apa saja kepada Farid untuk dikenakan, pasti nampak sesuai dengan ketinggiannya. Suit perang tua berjalur menyerlahkan ketinggiannya lagi. Pilihan warna yang amat tepat untuk seorang yang berkulit cerah sepertinya


0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ