Minggu, 26 Desember 2010

Filem Hikayat Merong Mahawangsa


"Hikayat Merong Mahawangsa" (HMM) yang menerangkan asal usul raja-raja Kedah berdasarkan mitos dan lagenda, menjadi ahli genre sastera sejarah tradisional Melayu. Hampir setiap kerajaan Melayu zaman silam mempunyai hasil sastera sejarahnya sendiri yang menerangkan asal usul raja-rajanya, asal usul negeri, perkembangan sejarahnya dari awal hingga ke akhir berdasarkan konsep sejarah yang dipegang oleh masyarakat Melayu tradisional.

Dan dari situ terhasillah filem epik, "Hikayat Merong Mahawangsa" yang dihiasi dengan karakter mistik, kuasa ajaib dan efek yang realistik. "Hikayat Merong Mahawangsa" menceritakan perjuangan "Merong Mahawangsa" dalam menyelamatkan Puteri China dan disatukan era dari Timur dan Barat.

Filem yang diarahkan oleh Yusry KRU dan dilakonkan oleh Stephen Rahman-Hughes, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Craig Robert Fong, Eric Karl Henrik Norman, Keith Chong, W. Hanafi Su, Dato' Rahim Razali, Khir Rahman, Ummi Nazeera, Nell Ng, Jehan Miskin, Umie Aida, Kuswadinata, Mano Maniam, Ravi Sunderlingam bakal ditayangkan pada 10 Mac 2011.

0 komentar:

Poskan Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ