Senin, 13 Desember 2010

Filem "Hantu Kak Limah Balik Rumah" memang best giler, berjaya kutip RM1.2juta dalam 2 hari


Sensasi baru jer pergi tengok Filem nie kat panggung Wayang bersama emak dan adik sensasi yang masih sekolah rendah.

Memang bessst sgt citer nie,kelakar...dari awal awal sensasi gelak giler2....mak dengan adik sensasi pun ejoy,memang release tension lah tengok filem nie..


Al kisahnyer sensasi tak berapa ambik tahu sgt nak tengok citer Hantu kak Limah nie,sensasi nak bwk mak ngan adik g tgk movie,memandangkan my sister masih sekolah rendah,ingatkan dier suka la kot dengan citer Rapunzel ker,Narnia ke..hehe..Tapi tetiba dier request nak tengok citer hantu Kak Limah...Sensasi pun on kan jer..


Mak cakap derang tgk "the making of" kelakar,citer pasal kak Limah nie tinggal seorang,jadi bila dier meninggal sampai mayat dah berulat takda sapa pun tahu,jadi untuk memberitahu org kampung,hantu kak Limah nie buat kacau lah kan...

Tapi sebenarnyer,,...kalau korang nak tau pergi panggung wayang tengok citer nie tak rugi..


Awie ,Johan ,dan pelakon-pelakon dalam filem nie kelakar.... ada watak "awak",seorang lelaki yang duduk atas kerusi roda tue kelakar sgt..HAHA...

Hari tue sensasi tengok Filem Ngangkung yang dikhabarkan kelakar sgt2..tapi biler sensasi tengok Filem tue,takdelah kelakar mana...ada la beberapa babak yang mencuit hati,tapi sensasi tak gelak sakan pun,,..Overall i give 6/10 utk ngangkung...and 9/10 utk Filem Hantu Kak Limah balik Rumah.


Tak tau la kot korang nyer citarasa tak sama ngan sensasi..Nie cume pendapat sensasi la sebagai sumone yang kaki wayang.
Anyway tadi sensasi tengok Rancangan Fuhh,dan komen beberapa pengarah tentang filem nie

Mamat Khalid~ rasa nie Filem paling best pernah dia buat

Ahmad Idham
~ Filem nie memang kelakar sangat dan menghiburkan seisi keluarga,dari awal sampai akhir gelak jer

Raja Azmi~ Nie lah satu satunya filem komedi yang mampu menandingi Filem allahyarham P.Ramlee...

dan beberapa komen lain sensasi tak ingat..





Walaupun jumlah kutipan filem Estet agak mengecewakan pengarah filem, Mamat Khalid, namun filem terbarunya, Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) pula menunjukkan perkembangan di sebaliknya.

Dalam tempoh dua hari tayangan, filem sekuel filem Zombi Kampung Pisang itu didakwanya sudah berjaya mengutip sebanyak RM1.2 juta.

Bagaimanapun jumlah itu belum disahkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang hanya akan mengeluarkan kenyataan selepas seminggu sesebuah filem ditayangkan.

Menurut Mamat, beliau dimaklumkan, jumlah kutipan pada hari pertama tayangan filem HKLBR pada Khamis lalu, mencecah RM330,000 dan RM870,000 pada hari kedua.

“Masa membaca skrip sahaja saya sudah dapat rasa ada kelainan yang akan berlaku dalam filem ini dan jangkaan itu boleh dikatakan menjadi sekarang,” katanya

0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ