Senin, 28 Februari 2011

Gambar Sebelum dan Selepas menagih Dadah Jenis methamphetamine.Sungguh menakutkan

Umum mengetahui dadah adalah pemusnah hidup,tapi Sensasi tak faham kenapa masih ada manusia-manusia yang bengap masih nak hisap dadah??Why??

Lepas tue ada yang konon-konon nak cuba je,lepas dah cuba rasa seronok nak cuba lagi,last last jadi penagih.dan hidup seorang penagih pasti musnah..dadah tue memang hanya memberikan kesan buruk kepada penagih.

Orang kaya hidup dengan kekosongan dan sentiasa mabuk,khayal kerana dadah.rock star antarabangsa hidup bergelumang arak dan dadah,akhirnya mati,kene penyakit,bunuh diri,stress,depress.macam-macam.

Yang takde duit pun nak jugak ambik dadah sampai mencuri,merompak,meragut,pastu membunuh sebab dadah...memang lah sampah masyarakat betul la..huhu

Jauhilah dadah sayangilah diri anda dan hidup anda.



Petikan dari akhbar


Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menyiarkan wajah-wajah penagih pil khayal methamphetamine yang bertukar menjadi hodoh selepas mereka mengambil dadah berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Pendedahan yang mengerikan itu dibuat dalam satu klip video selama 48 minit berjudul From Drugs to Mug. Klip video itu dibuat bagi memberi kesedaran kepada golongan muda supaya jangan terjebak ke dalam kancah penagihan dadah.

Klip video itu diterbitkan oleh pejabat Syerif Daerah Multnomah di negeri Oregon.

Ia dibuat selepas klip video yang mempunyai mesej sama Faces of Meth mencetuskan kontroversi pada 2004.

Antara lain, ia menunjukkan beberapa penagih pil methamphetamine kehilangan gigi mereka.

Beberapa penagih turut dilihat menggaru tulang muka selepas wajah mereka menjadi amat cekung kesan pengambilan dadah itu.

Beberapa anggota polis yang terbabit dalam penerbitan klip video itu merakamkan wajah penagih-penagih baru yang pertama kali ditangkap.

Wajah-wajah mereka yang bertukar semakin hodoh dirakam semula beberapa bulan kemudian selepas mereka ditangkap semula oleh pihak berkuasa.

"Saya mahu penonton dapat membayangkan bagaimana dadah memusnahkan kehidupan seseorang penagih," kata Timbalan Syerif Multnomah, Bret King, 45.






0 komentar:

Posting Komentar

give your comment here, please do not spam

 
My Big Dream powered by XXZ